Apa Sumbangan MCA dan MIC Untuk Memulihkan Barisan Nasional?

Apa Sumbangan MCA dan MIC Untuk Memulihkan Barisan Nasional?

Apa Sumbangan MCA dan MIC Untuk Memulihkan Barisan Nasional?

MCA dan MIC dilihat masih lagi memainkan isu kritikan Pengarah Komunikasi UMNO, Lokman Adam, terhadap kedua-dua parti tersebut.

Penulis akui Lokman agak ‘out spoken’ ketika menggambarkan MCA dan MIC seolah-olah liabiliti kepada Barisan Nasional (BN).

Tetapi dalam siaran langsung Lokman di dalam Youtube, Lokman secara terbuka sudah meminta maaf.



Dan dalam masa yang sama, Lokman mengingatkan MCA dan MIC, sekiranya mereka terguris, UMNO juga mempunyai hati dan perasaan.

Semakan penulis di dalam akaun rasmi MCA di Facebookmendapati, parti tersebut masih lagi seronok memainkan isu tersebut.

Dalam rancangan bual bicara antara Naib Presiden MCA, Ti Lian Ker, dengan Malaysia Gazette, beliau menyifatkan perbuatan Lokman sebagai memalukan BN.

Manakala di dalam akaun rasmi MIC di Facebook pula, dalam masa 24 jam, 7 hantaran yang berlainan dibuat oleh MIC mengenai isu tersebut.



Hantaran terakhir di akaun tersebut sebelum isu ini timbul bertarikh 15 Jun 2023.

Penulis yakin, MCA dan MIC cukup sedar, pencapaian BN di dalam 2 pilihanraya umum, PRU 14 dan PRU 15 adalah yang terburuk.

Pencapaian ‘Hebat’ MCA Dalam Pilihanraya Umum

BN kehilangan kuasa di pusat pada PRU 14 dan pada PRU 15, BN hanya memenangi 30 kerusi parlimen.

MCA dan MIC menyumbang hanya 3 kerusi pada PRU 14 dan kekal 3 kerusi dalam PRU 15.



Dalam PRU 14, MCA bertanding 37 kerusi parlimen, tetapi hanya menang 1 kerusi parlimen.

Kemudian MCA menambah satu lagi kerusi parlimen dalam PRK Tg Piai.

Ini bermakna MCA kehilangan 6 kerusi parlimen pada PRU 14 dan kemudian menambah 1 kerusi dalam PRK Tg Piai.

Manakala dalam PRU 15 pula, MCA bertanding 43 kerusi parlimen.



Tetapi MCA hanya mampu menang 2 kerusi parlimen sahaja, di Ayer hitam dan Tg Piai.

Pencapaian MIC Lagi ‘Hebat’

Manakala MIC pula bertanding di 9 kerusi parlimen pada PRU 14.

Walau pun kenyataan sebelum PRU 14, MIC yakin memenangi sekurang-kurangnya 7 kerusi parlimen, tetapi hanya menang 2 kerusi parlimen.

Selepas kemenangan MIC di parlimen Cameron Highlands dibatalkan, maka MIC hanya mempunyai 1 kerusi parlimen.



Di dalam PRU 15 pula, MIC kekal bertanding di 9 kerusi parlimen dan sekali lagi berkeyakinan memenangi sekurang-kurangnya 7 kerusi parlimen.

MIC memberikan alasan, tindakan parti tersebut yang lambat lantik penyelaras menyebabkan mereka kehilangan banyak kerusi ketika PRU 14.

Mereka juga mendakwa, masalah itu sudah di atasi selepas PRU 14.

Atas dasar itu MIC yakin memenangi sekurang-kurangnya 7 kerusi parlimen dalam PRU 15.



Tetapi selepas keputusan PRU 15 diperolehi sepenuhnya, ternyata MIC hanya mampu memenangi hanya 1 kerusi parlimen!!!

Persoalannya sekarang, apakah MCA dan MIC sudah membuat kajian dan menyediakan pelan tindakan supaya MCA dan MIC kembali diterima oleh orang Cina dan India?

Atau MCA dan MIC hanya sibuk menjenguk peluang untuk menubuhkan kerajaan bersama Perikatan Nasional.

Ini zaman maklumat berada di hujung jari, setiap pergerakan kita diperhati, ingat tu!!!

 

Apa Sumbangan MCA dan MIC Untuk Memulihkan Barisan Nasional?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button