Isu Tony Pua: UMNO Harus Lebih Bijak

Isu Tony Pua: UMNO Harus Lebih Bijak

Isu Tony Pua: UMNO Harus Lebih Bijak

Isu serangan Tony Pua ke atas Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO telah menimbulkan reaksi yang pantas dari pemimpin dan cytro UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi mahu supaya Tony Pua tidak disenaraikan sebagai calon PRN.

Ketua Wanita UMNO, Noraini Ahmad pula menyifatkan kenyataan Tony Pua boleh mengganggu persiapan jentera pilihanraya Kerajaan Perpaduan.



Manakala Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal pula menyifatkan kenyataan Tony Pua sebagai biadab.

Dan mahu DAP supaya mengambil tindakan ke atas Tony Pua.

Dan seperti biasa, Ketua Puteri UMNO, Nurul Amal, kekal berada dalam ‘mute mood’ terhadap serangan musuh ke atas UMNO.

Apa yang Nurul Amal sudah, sedang dan akan lakukan sebagai Ketua Puteri UMNO, penulis tidak tahu.



Bagi penulis, tidak salah bagi pemimpin sayap UMNO menyerang Tony Pua atas isu serangan tidak berasas Tony Pua ke atas UMNO.

Tetapi, mengapakah ianya perlu dikaitkan dengan parti DAP?

Jangan lupa, BN berkerjasama dengan DAP melalui Pakatan Harapan di dalam Kerajaan Perpaduan dan bukannya dengan Tony Pua.

Benar, Tony Pua adalah ahli DAP.



Tetapi beliau tidak ada autoriti untuk bercakap atas kapasiti sebagai pemimpin DAP, apa lagi bercakap mengenai pendirian parti.

Siapa Tony Pua?

Beliau adalah bekas Pengerusi DAP Selangor yang gagal mempertahankan jawatan tersebut dalam pemilihan DAP Selangor pada tahun 2018.

Tony Pua tewas kepada Gobind Singh Deo yang kini menjadi Pengerusi DAP Selangor.

Sekali lagi beliau gagal dalam pemilihan DAP di peringkat pusat pada tahun 2022.



Tony Pua gagal untuk terpilih sebagai ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.

Dalam artikata lain, di dalam DAP sendiri, sama ada di peringkat negeri atau pun pusat, Tony Pua telah ditolak secara total.

Jadi mengapa pemimpin UMNO mahu memberikan perhatian kepada Tony Pua yang telah ditolak DAP?

Sekiranya mahu menjawab serangan Tony Pua, cukup sekadar keluarkan kenyataan, Masih Relevan Lagikah Tony Pua Di Dalam DAP?



Atau Siapa Tony Pua?

Tidak perlu dikaitkan dengan desakan supaya DAP ambil tindakan terhadap Tony Pua.

Atau kenyataan Tony Pua boleh jejaskan hubungan Kerajaan Perpaduan.

Apa lagi dengan menggesa DAP supaya memecat Tony Pua yang boleh ditafsirkan seolah-olah mencampuri urusan dalaman DAP.



Tambahan pula Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke sendiri sudah mengecam kenyataan Tony Pua.

Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi juga telah mengeluarkan kenyataan yang senada dengan Anthony Loke.

Pada pandangan penulis, Tony Pua cuba membuat ‘come back’  dalam DAP dengan sengaja memainkan isu kontroversi ini.

Paling tidak pun, sebagai persiapan untuk menghadapi pemilihan di peringkat DAP Selangor yang akan datang.

Jadi jangan terperangkap dengan membantu politikus desperado seperti Tony Pua.

Sama seperti Dr Mahathir, Tony Pua akan korbankan apa sahaja atau siapa sahaja demi survivor politik mereka.

 

Isu Tony Pua: UMNO Harus Lebih Bijak

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button