Sekali Lagi UMNO Menghalakan Serangan Ke Arah Yang Salah

Sekali Lagi UMNO Menghalakan Serangan Ke Arah Yang Salah

Sekali Lagi UMNO Menghalakan Serangan Ke Arah Yang Salah

Penulis dapat melihat dengan jelas perubahan sikap beberapa pemimpin dan cytro UMNO.

Mereka kini kelihatan semakin aktif dan cuba menyaingi penguasaan media sosial yang sebelum ini dikuasai oleh Perikatan Nasional (PN).

Penulis difahamkan, atas usaha yang dilakukan oleh Pengarah Komunikasi UMNO, Lokman Noor Adam, UMNO mengetuai usaha penubuhan Media Perpaduan.

Media Perpaduan juga dikatakan sedang mencari ‘influencer’ Tiktok untuk menyaingi penguasaan PN.



Bagi penulis ianya satu langkah yang bijak kerana tidak boleh dinafikan, pengundi muda kini menjadi penentu kemenangan sesuatu parti melalui peratusan mereka yang tinggi.

Tetapi di dalam melakukan serangan, pemimpin dan pemain media UMNO mesti mengenal pasti siapakah kawan dan siapakah lawan mereka yang sebenar.

Sekiranya tidak, UMNO akan mengulangi kesilapan yang sama dengan menghalakan serangan kepada pihak yang salah.

Dari sepatutnya kita menyerang lawan, tetapi akhirnya kita menyerang kawan kita sendiri.



Ini sudah tentu akan memberikan pihak musuh kelebihan.

Sedangkan kita sibuk menangkis dan juga meyerang sesama sendiri.

Isu Tony Pua

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera



Bagi penulis, isu Tony Pua sudah pun ditutup dengan serapat-rapatnya.

Tidak ada keperluan untuk dipanjangkan lagi kerana kepimpinan utama kedua-dua parti sudah pun mengeluarkan kenyataan.

Mulia sekarang, serangan sepatutnya dihalakan kepada musuh yang sebenarnya.

Baru-baru ini, Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari, menyifatkan UMNO ibarat kain buruk lap kaki DAP.



Kenyataan Ahmad Fadli itu ekoran dari kenyataan Tony Pua yang mendakwa bahawa Barisan Nasional adalah sebuah parti korup.

Penulis melihat ada kesinambungan dalam kenyataan kedua-dua politikus tersebut.

Tony Pua memulakannya dengan kenyataan kontroversi dan kemudiannya disambut pula oleh Ahmad Fadli dari PAS.

Ahmad Fadli juga menggunakan isu tersebut untuk menghasut ahli UMNO supaya tidak mengundi calon Pakatan Harapan dalam pilihanraya negeri.



Lebih memeranjatkan apabila MCA pula menyifatkan kenyataan Tony Pua ibarat melafazkan talak tiga dan sebagai gambaran PH akan khianati BN.

Jangan lupa, Tony Pua adalah seorang politikus yang pro kepada Muhyiddin Yasin yang kini adalah Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Malah Tony Pua pernah mendesak PH supaya memberi sokongan kepada Muhyiddin untuk mengelakkan beliau jatuh dari jawatan perdana menteri.

Konspirasi Tony Pua Dan Perikatan Nasioanl

Persoalannya, apakah wujud konspirasi antara Tony Pua dan PN untuk sabotaj pilahanraya di 6 negeri tersebut.



Cuba kita fikirkan secara mendalam sedikit.

Tony Pua bercakap di atas pentas Pakatan Harapan untuk kempen pilihanraya negeri.

Pakatan Harapan berkerjasama dengan Barisan Nasional di peringkat pusat dan juga menjalinkan kerjasama yang sama di pilihanraya negeri.

Tony Pua bukanlah politikus setahun jagung di dalam dunia politik.

Beliau sudah pasti tahu kenyataan sebegitu akan menimbulkan ketegangan antara Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

Ini sudah pasti akan memberikan kelebihan kepada pihak lawan iaitu Perikatan Nasional.

Isu Tony Pua boleh dianggap selesai dengan kenyataan kepimpinan tertinggi kedua-dua parti.

Yang harus diserang adalah Perikatan Nasional yang menggunakan kaedah matlamat menghalalkan cara.

Bersifat pepat di luar tetapi rencong di dalam di hadapan pengundi.

Berlakun menentang kerjasama antara PH dan BN, tetapi dalam masa yang sama ‘membeli’ politikus PH untuk menimbulkan ketegangan.

Apakah sudah menjadi sifat semulajadi pemimpin PN yang sukakan perbalahan?

Pengerusi PN berjanji untuk tidak memainkan isu isu 3R (Race, Religion dan Royalty) dalam kempen pilhanraya negeri.

Bukankah kenyataan Ketua Pemuda PAS itu akan menimbulkan ketegangan kaum dan agama di kalangan rakyat?

Yang mengeluarkan kenyataan adalah Tony Pua yang sudah tidak relevan dalam DAP.

Tetapi mengapa DAP dan BN dikaitkan pula?

Bukankah DAP adalah parti yang berteraskan rakyat bukan Melayu Islam dan BN pula parti yang bertunjangkan UMNO, parti yang berteraskan rakyat Melayu Islam.

Kenyataan Ahmad Fadli boleh menjadi pencetus kepada ketegangan dan keharmornian kehidupan kepada kepelbagaian agama dan bangsa di kalangan rakyat.

Bukankah ini mengengkari kenyataan yang mereka sendiri buat untuk tidak memainkan isu 3R?

Kita mesti lebih bijak untuk menyingkap apa yang tersirat di sebalik yang tersurat dalam strategi politik lawan.

Jangan kita salah menghalakan serangan kepada pihak yang sepatutnya.

 

Sekali Lagi UMNO Menghalakan Serangan Ke Arah Yang Salah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button