Wei Chong-Kai Wun lengkapkan kejuaraan berganda di Terbuka Taiwan
Wei Chong-Kai Wun lengkapkan kejuaraan berganda di Terbuka Taiwan

KUALA LUMPUR: Skuad badminton negara melengkapkan kejuaraan berganda pada Terbuka Taiwan selepas Man Wei Chong-Tee Kai Wun memenangi aksi final beregu lelaki di Arena Tian-Mu, sebentar tadi.
Ia adalah kejayaan kedua kem negara selepas Chen Tang Jie-Toh Ee Wei terlebih dahulu merangkul kejuaraan dalam beregu campuran pada aksi final tengahari tadi dan lebih manis, kedua-dua pasangan negara itu membenam gandingan tuan rumah.
Apapun, kemenangan Wei Chong-Kai Wun ke atas Lu Ching Yao-Yang Po Han 20-22, 21-17, 21-14 bukan sahaja membolehkan mereka gah mempertahankan kejuaraan yang dimenangi musim lalu tetapi juga meraih kejuaraan sulung musim ini.
Walaupun tewas 20-22 pada set pertama dalam aksi dramatik, Wei Chong-Kai Wun bangkit dengan permainan lebih kemas pada set kedua.
Gandingan negara yang berada di ranking ke-23 dunia menang 21-17 untuk mengheret pasangan yang menduduki ranking ke-15 dunia ke set penentuan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Anthony Loke bidas kenyataan Tony Pua dengan pantasnya
- Najib aset BN dan PH jika bebas , kata Penganalisis
- Isu Nadir bumi di Kedah hantui MB Sanusi
Pada set penentuan, kedua-dua beregu yang belum pernah bertemu saling bertukar mata di awal perlawanan namun Wei Chong-Kai Wun berjaya mematahkan asakan lawan sebelum mencatat kemenangan 21-14 dalam aksi yang berlangsung selama 70 minit.
Ia adalah kemenangan sulung buat Wei Chong-Kai Wun bagi musim ini selepas terlepas peluang meraih gelaran di Masters Malaysia, bulan lalu apabila kecundang di tangan gandingan Korea Selatan, Kang Min Hyuk-Seo Seung Jae 15-21, 24-22, 19-21.
Untuk rekod, tahun lalu, Wei Chong-Kai Wun dinobat sebagai juara Terbuka Taiwan buat kali pertama selepas mencipta kejutan menewaskan pemenang pingat emas Sukan Olimpik Tokyo 2020, Lee Yang-Wang Chi Lin di pentas final.
Sebelum ini, antara beregu lelaki negara yang pernah meraih kemenangan di pentas final adalah Goh V Shem-Tan Wee Kiong pada 2019, Mohd Zakry Abdul Latif-Fairuzizuan Tazari (2012), Chan Chong Ming-Koo Kien Keat (2004), Cheah Soon Kit-Soo Beng Kiang (1992, 1993), Jalani Sidek-Razif Sidek (1986, 1989, 1991).
Kemenangan itu membolehkan Wei Chong-Kai Wun membawa pulang hadiah wang tunai AS$16,590 (RM77,583).
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Drama konflik dalaman BERSATU tarik perhatian
- Kepada MCA Dan MIC: Jangan Jolok Sarang Tebuan, Sengatannya Sangat Bisa
Sebelum itu, Tang Jie- Ee Wei meraih gelaran ketiga mereka musim ini selepas mengungguli acara berkenaan.
Gandingan di ranking ke-19 dunia itu tidak berdepan masalah untuk menjinakkan gandingan tuan rumah, Chiu Hsiang Chieh-Lin Xiao Min 21-12, 21-8 dalam tempoh 30 minit sekali gus turut membawa pulang hadiah wang tunai RM77,583.
Wei Chong-Kai Wun lengkapkan kejuaraan berganda di Terbuka Taiwan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Tony Pua: UMNO Harus Lebih Bijak
- Apa Sumbangan MCA dan MIC Untuk Memulihkan Barisan Nasional?
- Pahang negeri pemerintahan BN bertambah gah dengan pembukaan Lebuh raya baru bebas tol