Bapa, anak didakwa jalin hubungan terlarang hingga lahirkan bayi
Bapa, anak didakwa jalin hubungan terlarang hingga lahirkan bayi
BANYUMAS: Polis menahan seorang wanita dan bapanya selepas mereka disyaki menyembunyikan kelahiran hingga mengakibatkan kematian di Tanjung, Purwokerto Selatan, Banyumas, Jawa Tengah.
Jurucakap polis Banyumas, Agus Supriadi berkata, wanita berusia 25 tahun itu didakwa hamil dan melahirkan tujuh orang anak hasil hubungan dengan bapanya.
Namun, polis tidak dapat memastikan jika wanita itu dirogol bapanya sehingga hamil dan melahirkan anak.
“Menerusi soal siasat yang dilakukan, wanita itu mengakui hamil dan melahirkan anak sebanyak tujuh kali, selain mengakui rangka bayi yang ditemukan adalah milik anak-anaknya.
“Polis ketika ini masih belum dapat memastikan jika kesemua rangka bayi itu adalah hasil daripada proses pengguguran atau dilahirkan secara cukup bulan,” katanya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Tony Pua: UMNO Harus Lebih Bijak
- Apa Sumbangan MCA dan MIC Untuk Memulihkan Barisan Nasional?
- Pahang negeri pemerintahan BN bertambah gah dengan pembukaan Lebuh raya baru bebas tol
Kesemua rangka bayi itu ditemukan di sebuah kebun oleh seorang penduduk ketika meratakan tanah berhampiran rumah wanita itu dengan bapanya.
Agus memberitahu, wanita itu menceritakan dia dia mula mengandung dan bersalin ketika berusia 14 tahun pada 2012.
Dalam pada itu, bapa wanita tersebut juga sudah ditahan bagi membantu siasatan.
Terdahulu, penduduk setempat menyatakan pasangan anak dan bapa itu didakwa menjalin hubungan terlarang sehingga melahirkan bayi luar nikah.
Bagi menutup perbuatan itu, bapa wanita tersebut didakwa membunuh dan menanam semua bayi yang dilahirkan anaknya.
Bapa, anak didakwa jalin hubungan terlarang hingga lahirkan bayi
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?
- PN Sudah Ketandusan Isu?
- Pimpinan PAS semakin ‘gila’ menjelang PRN