Pimpinan PAS semakin ‘gila’ menjelang PRN

 

Oleh – Bakhtiar Omar


Pimpinan PAS semakin 'gila' menjelang PRN
PAS

Pimpinan PAS nampaknya semakin ‘gila’ menjelang tarikh PRN 6 negeri yang akan diadakan kelak.

Makin banyak gelaran dilemparkan oleh pimpinan PAS terhadap pihak lawan terutama Umno. Bukan sahaja gelaran, malah boleh dikatakan apa sahaja termasuk akidah digunakan bagi menggambarkan kejinya UMNO.



Ini semua gara-gara pemahaman UMNO sudah bersama DAP dan menjalinkan kerjasama kuat antara keduanya.

Agak sukar untuk memberi pemahaman kepada penyokong PAS terutama golongan pentaksub antara kerjasama parti politik bagi membentuk sebuah kerajaan dengan kerjasama 2 buah parti bagi menguasai sesebuah kerajaan.

Kerajaan Perpaduan merupakan gabungan parti-parti politik untuk membentuk kerajaan. Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO turut berada bersama dalam Kerajaan Perpaduan.

DAP pula merupakan gabungan yang membentuk Pakatan Harapan bersama PKR dan AMANAH.



Jadi dari mana datangnya pemahaman Umno hanya bersama DAP? Jika mengambil kira jumlah kerusi Umno (BN) dan DAP, ia tidak boleh mencapai majoriti mudah.

Mengapa pimpinan PAS terlalu memfokuskan serangan terhadap Umno?

Hanya satu sebab dan mereka (PAS) sangat terkenal dengan cara menunggang agama bagi mencaci pihak lain.

Bukan budaya baru tetapi sekian lama tidak diamalkan oleh PAS, kini amalan tersebut kembali mewarnai polemik ceramah PAS yang bersama Perikatan Nasional.



Rakyat perlu berfikir dengan tenang dan tidak terikut emosi apabila diberikan peluang untuk memilih sebuah kerajaan negeri.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button