Eco-Shop sasar buka lebih 50 cawangan baharu tahun ini
Eco-Shop sasar buka lebih 50 cawangan baharu tahun ini
Kuala Lumpur: Eco-Shop Marketing Sdn Bhd (Eco-Shop) fokus untuk mengembangkan cawangannya di kawasan bandar di seluruh negara dengan menyasarkan membuka lebih 50 cawangan baharu tahun ini.
Pengarah Pemasarannya, Soong Sham Mee berkata, sejak mula beroperasi pada 2003, Eco-Shop kini terus melebarkan sayap dengan memiliki lebih 240 cawangan terutama di kawasan pinggir bandar.
Katanya, sebagai peruncit yang terkenal dengan ‘harga rakyat’ dan mampu milik, Eco-Shop menawarkan lebih 10,000 produk pilihan membabitkan pelbagai segmen termasuk keperluan rumah, makanan, minuman, alat tulis, perkakasan rumah sehingga makanan kucing.
“Sebenarnya, cawangan Eco-Shop paling banyak dibuka di kawasan Pantai Timur kerana kami sentiasa mengambil kira pandangan pelanggan dan ramai juga yang mahu kami membuka rangkaian baharu di kawasan bandar utama.
“Eco-Shop juga sudah menjadi tempat pilihan rakyat Malaysia membeli barangan keperluan di bawah satu bumbung kerana kami mengetengahkan konsep keluarga, malah kami melihat peningkatan permintaan terutama produk jenama Eco-Shop sendiri antaranya, Ganso, Casa, Excue dan Delicies,” katanya kepada Bisnes Metro.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu Tony Pua: UMNO Harus Lebih Bijak
- Apa Sumbangan MCA dan MIC Untuk Memulihkan Barisan Nasional?
- Pahang negeri pemerintahan BN bertambah gah dengan pembukaan Lebuh raya baru bebas tol
Syarikat itu turut menerima anugerah The Brand Laurette 2023 buat kali ketiga tahun ini sebagai salah satu perniagaan tempatan yang paling mampan beroperasi semasa tempoh Covid-19.
Menurutnya, walaupun produk di Eco-Shop dijual pada harga RM2.40 namun semua barangan berkualiti terbaik, malah Eco-Shop menjalin kerjasama erat dengan pembekal tempatan untuk menghasilkan produk sendiri supaya kualiti produk terjamin.
Ditanya bagaimana Eco-Shop dapat menampung kesan kenaikan kos barangan ketika ini, beliau berkata, visi Eco-Shop untuk menjadi peneraju peruncit bajet di Malaysia dan seiring itu, syarikat lebih menumpukan menjual pada bilangan besar dengan keuntungan sedikit berbanding berbanding mengambil keuntungan yang banyak.
“Semua sektor memang merasai impak peningkatan kos, justeru itu kami berusaha sedaya mungkin menyerap kenaikan kos dengan mengekalkan harga RM2.40 kerana objektif penubuhan Eco-Shop untuk menjaga konsumer serta memastikan mereka menikmati pengalaman berbelanja dan dapat berjimat.
“Selain itu, di Eco-Shop, setiap dua bulan kami akan mengadakan kempen yang menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk pelanggan,” katanya.
Eco-Shop sasar buka lebih 50 cawangan baharu tahun ini
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Akan Gugurkah Syahadah Sekiranya Menolak PAS?
- PN Sudah Ketandusan Isu?
- Pimpinan PAS semakin ‘gila’ menjelang PRN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :