Kemuncak haji makin hampir, jemaah sedia lakukan wukuf

Kemuncak haji makin hampir, jemaah sedia lakukan wukuf

Kemuncak haji makin hampir, jemaah sedia lakukan wukuf
SEJUMLAH bas yang digunakan untuk membawa para jemaah haji diletakkan di tempat khas di Mekah, Arab Saudi. – AFP

MEKAH: Ibadah haji terbesar dalam sejarah bermula di Arab Saudi dengan jumlah jemaah tahun ini dijangka memecahkan rekod lebih 2.5 juta orang.

Jumlah jemaah haji meningkat mendadak tahun ini selepas sekatan wabak Covid-19 yang dilaksanakan sejak 2020 dilonggarkan sepenuhnya.

SIAP SIAGA TERIMA KEBANJIRAN JEMAAH

Ketika wabak berkenaan melanda dunia, hanya 10,000 jemaah dibenarkan mengambil bahagian untuk menyempurnakan rukun Islam kelima itu.



Namun jumlah tersebut meningkat kepada 59,000 orang pada 2021 sebelum had satu juta orang dibuat kerajaan Arab Saudi tahun lalu.

“Tahun ini, kita akan menyaksikan ketibaan jemaah haji terbesar dalam sejarah selepas pandemik Covid-19.

“Bekalan makanan sudah dibawa masuk ke Mina dan ribuan pasukan keselamatan dikerahkan bagi memastikan pelaksanaan ibadah dan proses pengangkutan jemaah berjalan lancar,” kata pegawai Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi dalam satu kenyataan.

Pada petang Ahad lalu, jemaah haji mula menuju ke Mina, kira-kira 8 kilometer dari Masjidilharam di Mekah sebelum mereka berkumpul di Bukit Arafah yang menjadi lokasi Nabi Muhammad s.a.w menyampaikan khutbah terakhirnya.



“Saya menjalani hari-hari yang paling indah dalam hidup saya,” kata seorang warga Mesir, Abdelazim,

Abdelazim yang berusia 65 tahun menabung selama 20 tahun untuk membayar kos haji dari negaranya yang berjumlah sekitar AS$6000 (RM28,115).

HAJI PALING MENCABAR

Ibadah haji tahun ini juga merupakan antara yang paling mencabar kerana jatuh pada musim panas terik dengan suhu tertinggi mencecah hampir 45 darjah Celcius.

Pusat Meteorologi Kebangsaan (NCM) memaklumkan tapak suci Arafah dan Muzdalifah mencatatkan suhu tertinggi itu Khamis lalu.



Dijangkakan Mekah, Madinah dan tapak suci Mina menyaksikan suhu maksimum sekitar 44 darjah Celsius.
Lebih 2.2 juta botol air zamzam turut disediakan bagi memenuhi keperluan jemaah seiring dengan peningkatan permintaan ketika cuaca panas.

Pihak berkuasa Saudi berkata, lebih 32,000 pegawai kesihatan dan ribuan ambulans sudah bersiap sedia untuk membantu merawat sebarang kes strok haba, dehidrasi dan keletihan yang dikhuatiri berlaku kepada ribuan jemaah.

Tahun ini, ibadah haji di Mekah bermula antara 26 Jun dan 1 Julai, dengan sambutan Aidil Adha di Arab Saudi disambut pada Rabu ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sekali Lagi UMNO Menghalakan Serangan Ke Arah Yang Salah




Belenggu peperangan dan kemiskinan tidak menghalang empat kumpulan jemaah meninggalkan Gaza minggu lalu.

Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang juga Penjaga Dua Masjid Suci mengeluarkan titah diraja untuk menaja 1,000 jemaah haji warga Palestin yang terdiri daripada waris para syuhada dan tahanan serta mereka yang mempunyai ahli keluarga yang cedera.

Sementara itu, jemaah haji dari barat laut Syria yang masih bergolak mula memasuki Arab Saudi melalui lintasan sempadan dengan Turkiye sementara rakyat Yaman pula dilaporkan menikmati penerbangan terus ke Riyadh untuk menunaikan ibadah tersebut.-AGENSI



Kemuncak haji makin hampir, jemaah sedia lakukan wukuf

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Selamat Tinggal Sanusi Md Nor

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button