Nina Iskandar kena fitnah
Dikatakan sudah meninggal dunia akibat kemalangan
Nina Iskandar kena fitnah

PELAKON Nina Iskandar menjadi mangsa terbaharu penyebaran fitnah apabila dikatakan sudah meninggal dunia.
Kesal dengan tindakan tidak bertanggungjawab itu, Nina atau Nur Akmalina Iskandar, 32, memberitahu penyebaran berita tidak benar itu turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan keluarga terdekat.
“Saya ingin jelaskan ini adalah berita palsu. Saya masih hidup dan sihat Alhamdulillah.

Perkongsian Nina di Instastory.”Saya mahu mohon maaf kepada sesiapa yang telah mendapat maklumat palsu ini. Apa pun niat orang yang menyebarkan berita palsu ini, ia telah menimbulkan kekecohan dan kekeliruan,” katanya.
Nina membuat penjelasakan tersebut menerusi satu perkongsian di laman Instagram miliknya pada Rabu.
Dalam satu hantaran yang dimuat naik oleh individu berkenaan, pelakon asal Brunei Darussalam ini dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.
Tambahnya dia menerima khabar tersebut daripada ibu bapanya yang tinggal berjauhan.
Sementara itu, Nina turut mengingatkan mana-mana pihak agar tidak mudah untuk menyebarkan berita sebegini kerana boleh menimbulkan kebimbangan ramai.
“Saya ingin ingatkan agar tidak menyebarkan berita tidak benar tanpa mendapatkan maklumat sahih terlebih dahulu.

“Daripada sebarkan cerita tidak benar saya kemalangan, lebih baik buat cerita baik-baik dan doakan kesejahteraan saya. Tak fasal-fasal buat orang panik,” ujarnya.
Berita palsu kematian selebriti sebelum ini sudah banyak kali berlaku namun masih ada individu tidak bertanggungjawab sanggup berbuat demikian.
Malah ada dalam kalangan selebriti yang terpaksa menjawab pertanyaan ramai susulan timbul fitnah sebegitu.
Nina Iskandar kena fitnah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kesilapan Syed Saddiq Akan ‘Membunuh’ MUDA Selepas Pilihanraya Negeri
- Mahkamah Pilihanraya Batalkan Kemenangan Ahli Parlimen Kuala Terengganu
- 17 Yang Di Bebaskan Tiada Kaitan Dengan Pembunuhan Allahyarham Adib
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :