Warga emas diisytiharkan meninggal dunia kejutkan tetamu di majlis pengebumian

Kembali bernafas selepas 5 jam

Warga emas diisytiharkan meninggal dunia kejutkan tetamu di majlis pengebumian

Warga emas diisytiharkan meninggal dunia kejutkan tetamu di majlis pengebumian
Bella bernafas kembali selepas lima jam diisytiharkan meninggal dunia.

SEORANG warga emas yang diisytiharkan sudah meninggal dunia oleh doktor mengejutkan ahli keluarga dan tetamu di majlis pengebumiannya kerana kembali bernafas.

Bella Montoya, 76, dari Ecuador, diletakkan di dalam keranda di mana ketika itu para tetamu hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.

Selepas hampir lima jam di dalam keranda, ahli keluarga wanita itu membuka penutup untuk menukar pakaiannya sebelum pengebumian, namun terkejut apabila melihatnya tercungap-cungap bernafas.



Video yang dirakam salah seorang tetamu pada majlis pengebumian tersebut menunjukkan keadaan Bella sedang tercungap-cungap di dalam keranda yang terbuka.

Anak lelaki Bella memberitahu media tempatan bahawa ibunya berada dalam unit rawatan rapi, tetapi bertindak balas.

Kementerian Kesihatan Ecuador telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk menyiasat kejadian itu.

Terdahulu, Bella diisytiharkan meninggal dunia kerana penyakit angin ahmar. -BBC



Warga emas diisytiharkan meninggal dunia kejutkan tetamu di majlis pengebumian


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button