Tajuk berita “kemenangan pekebun durian Musang King” tidak beretika
Apabila dibaca tajuk berita dari media Sinar Harian “Kemenangan bermakna pekebun musang king” 4 July 2023 , pasti sekali pengemar yang suka membaca tajuk sahaja akan merasa marsh Dan geram kerana pnceroboh telah mendapat tanah yang diceroboh.
Selain merasa marah pasti juga rakyat Pahang akan merasa geram dan tanam sifat marah dan mahu juga ceroboh tanah kerajaan kerana Kes contoh sudah ada (precedent case).
Namun , sebenar nya kisah tidak pun begitu ,pekebun pekebun penceroboh tiidak menang apa apa pun atau belum menang apa apa.
Tajuk sahaja yang gempak atau munghkin ada tujuan tersembunyi.
Kes baru sahaja diperingkat “case management” sahaja, belum pun dibicara kerana proses perbicaraan masih lagi jauh.
Lihat sahaja proses yang perlu dilalui oleh pekebun penceroboh seperti dibawah in :-
Fasa 1 – tuntutan
Fasa 2 – Pliding
Fasa 3- Interlokuteri (permohonan sampingan)
Fasa 4 – Pra bicara
Fasa 5 – Bicara
Fasa -6 Hujahan
Fasa akhir Keputusan Hakim.
Jika dilihat pada proses dan kendalian Kes, ia belum diperingkat apa apa lagi baru sahaja di peringkat Interlokuteri sahaja.
Kemenangan apa yang dimaksudkan oleh Sinar Harian?
Kita faham tabiat media pro PN dan cara mereka berfungsi.
Pertama ,mengejar audien dengan tajuk “catchy” bagi menarik reader yang suka baca tajuk dan kedua ada cubaan meresap kebencian rakyat bagi memuaskan hati pihak yang disokong.
In tanda tanda tidak jujur dalam etika pemberitahuan kepada massa.
Pada Kes 1MDB Datuk Seri Najib juga banyak Kali laporan tidak jujur dilakukan oleh media anti Barisan Nasional.
Antara nya apabila saksi Ung Su Lin menjawab pertanyaan peguamdakwa.
Su Lin telah menyatakan dia ada menyimpan bukti menyatakan nya ada didalam perantinya.
Bahkan Su Lin mendakwa bukti komunikasi dan arahan WA Dan mesej bersama Arwah Datuk Azlin juga ada.
Cerita dan kenyatakan Su Lin in disebarkan oleh semua media dan viral.
Maka seluruh rakyat dapat membaca nya.
Namun apabila giliran pembela pula “cross examine” Su Lin , semua yang dikatakan oleh nya tidak dapat dibuktikan kerana Su Lin mendakwa peranti Blackberry yang ada bukti sudah pun dijual dan di “trade in” dengan ambil pakej menarik dari sebuah telcos.
Malang nya, kenyataan dan cerita ini tidak pula dilaporkan secara besar besaran oleh media yang melaporkan kenyataan pertama Su Lin.
Rakyat hanya dihidang kisah tidak benar dan tidak lengkap.
Berbalik kita pada tajuk topik, amat malang jika media tidak beretika terus melapor dengan tajuk sensasi tetapi separuh mask kerana hanya mahu kejar audien dan readership , selain mahu membuat kerja menghasut secara tidak langsung.
Yang memikul beban laporan ada lah pihak kerajaan negeri Pahang , jenuh hendak menjawab.
Ini lah media yang tidak ada etika dan tanggungjawap.
Huru hara diakibat kan laporan separuh masak dan manipulasi tajuk.