Pegawai APMM parah disyaki ditetak nelayan Vietnam

Pegawai APMM parah disyaki ditetak nelayan Vietnam

Pegawai APMM parah disyaki ditetak nelayan Vietnam
Nelayan ditahan selepas bergelut dengan penguat kuasa maritim. – Foto ihsan APMM

KUALA TERENGGANU: Seorang pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Terengganu parah pada kepala akibat ditetak dengan parang dipercayai oleh seorang nelayan Vietnam, hari ini.

Kejadian berlaku ketika pegawai terbabit, Leftenan Muda Maritim Shakir Zufayri Azizul Rahman, 27, bersama pasukan menjalankan operasi di kawasan perairan kira-kira 148 batu nautika dari Kuala Terengganu, jam 11.30 pagi.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Khairul Anuar Abd Majid, berkata mangsa ditetak ketika memeriksa bot nelayan terbabit yang ditahan kerana melakukan tangkapan ikan secara haram di perairan Malaysia.



Pegawai APMM parah disyaki ditetak nelayan Vietnam
Nelayan ditahan selepas bergelut dengan penguat kuasa maritim. – Foto ihsan APMM

Katanya, ketika pemeriksaan, nelayan Vietnam terbabit tiba-tiba bertindak agresif dengan menyerang pegawai penguat kuasa berkenaan.

“Anggota lain dapat mengawal keadaan sebelum menahan 16 kru bot terbabit terdiri daripada seorang tekong dan 15 awak-awak, daripada terus menyerang dan mencederakan pegawai dan anggota lain,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Khairul Anuar berkata, dalam pergelutan itu, tekong bot turut cedera pada paha, seorang awak-awak cedera pada kepala dan dua lagi awak-awak cedera terkena tembakan masing-masing pada lengan kiri dan paha kiri serta paha kanan.

Beliau berkata, kesemua mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang, dengan menaiki helikopter Maritim Malaysia bagi mendapatkan rawatan segera.

Terdahulu, mangsa bersama-sama 18 pegawai dan anggota Kapal Maritim (KM) Gemia menahan sebuah bot yang disyaki nelayan asing sedang menangkap ikan di kawasan perairan berkenaan.




DISYORKAN UNTUK ANDA :

PAS Akan korbankan Sanusi demi Mahathir?


Ketika siasatan, kesemua kru bot berkenaan didapati tidak memiliki permit dan lesen yang sah.

“Kesemua kru terbabit ditahan mengikut Akta Perikanan 1985 dan Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia tanpa sebarang pas yang sah,” katanya.



Pegawai APMM parah disyaki ditetak nelayan Vietnam

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button