PAS bergolak , Tiga MB PAS akan bertukar selepas PRN?

 

Nampak nya Pilhan Raya Negeri (PRN) yang bakal diadakan di Enam negeri akan menyaksikan “change of guard” bagi tiga negeri dibawah pemerintahan PAS.

Menang PRN pun penukaran kepimpinan negeri akan tetap dilakukan.

Tiga Menteri Besar negeri PAS tiada yang akan dikekalkan.



“Top of the list”  dan hampir pasti ditukar adalah MB Kedah, Sanusi Md Nor.

Ini di ikuti oleh MB Terengganu dan kelantan.

Laporan dari  sumber yang kami terima ini adalah Keputusan kepimpinan PAS Pusat yang mahu membuat perubahan semenjak mereka membuat pendirian baru dengan pihak tertentu.



Berkenaan MB Kedah banyak perkara dan alasan untuk menukar nya sudah pun sedia ada.

Atas sebab itu lah Sanusi membuat beberapa tindakan serta majlis besar besaran untuk menunjuk sokongan kepada nya sangat hebat sebagai “Show of force”

 

Ini dipercayai untuk memberi mesej kepada pihak kepimpinan PAS Pusat bahawa beliau miliki sokongan akar umbi di Kedah.



Ada juga pihak menyatakan mahu penukaran ini semua atas sebab PAS Pusat telah mendapat bantuan Tun Mahathir maka harus mengikut keinginan beliau.

Di katakan antara nya ada lah mengganti Mukhriz dan meletakan Mukhriz ditempat yang selamat sambil membantu beri kemenangan kepada nya.

Pada kedudukan MB Trengganu pula, dilaporkan kepada kami bahawa kes tanah yang dalam proses siasatan yang terpalit terhadap nya akan menjadi beban dimasa depan kepada PAS Terengganu dan PAS Pusat, Maka PRN ini dilihat waktu terbaik untuk menukar MB.



Kelantan agak menarik sedikit kerana didalam PAS negeri Kelantan ada dua faction (puak).

Salah satu faction mesra kerajaan Perpaduan dan juga mesra UMNO sudah pun ditemui oleh Anwar Ibrahim beberapa bulan yang lalu.

Puak ini dijangka akan memberi tekanan terhadap MB sedia ada dan akan mendesak supaya MB sedia ada ditukar.

Sejauh mana kebenaran sumber yang kami perolehi, hanya boleh diketahui pada hari penamaan calon nanti?



Menarik juga perkembangan politik terkini, UMNO yang jadi tumpuan tapi PAS pula yang bergolak.

 

 

 



 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button