Beg bersaiz sebutir garam, harga lebih RM280,000

Beg bersaiz sebutir garam, harga lebih RM280,000

Beg bersaiz sebutir garam, harga lebih RM280,000
BEG tangan mikroskopik Louis Vuitton. FOTO MSCHF/Instagram

New York: Beg tangan mikroskopik ‘Louis Vuitton’ yang mempunyai kelebaran kurang 0.03 inci atau lebih kecil dari sebutir garam berjaya dilelong dengan nilai lebih AS$60,000 (RM280,260) dalam satu acara lelongan, baru-baru ini.

Produk itu dilelong Joopiter, sebuah rumah lelongan dalam talian yang diasaskan pemuzik, Pharrell Williams.

Menurut Joopiter, beg dikeluarkan syarikat MSCHF yang berpangkalan di New York itu dijual pada nilai AS$63,750 (kira-kira RM297,776).

Ketua Pegawai Kreatif MSCHF, Kevin Wiesner berkata, beg itu dicipta untuk Williams kerana pemuzik itu menggemari topi besar.

“Williams menyukai topi besar, kami membuatkan beg yang sangat kecil untuk dia,” katanya.

Dengan lebar kurang 0.03 inci, ia muncul sebagai beg tangan terkecil sehingga sukar dilihat apabila ia berada di hujung jari.

Diperbuat daripada pencetak 3D, beg tangan berwarna hijau neon yang diinspirasikan mengikut tote terkenal Louis Vuitton OnTheGo, boleh dilihat melalui mikroskop.

Selepas pemeriksaan lebih dekat melalui mikroskop, seseorang boleh melihat monogram LV dengan lebih jelas pada muka beg tangan itu.

Bermula pada 2016, MSCHF terkenal dengan projek inventifnya yang berfungsi sebagai ulasan budaya dan barangan pengumpul eksklusif.

Boleh dikatakan, salah satu sentuhan mereka yang lebih terkenal dalam beberapa bulan kebelakangan ini termasuk koleksi Big Red Boot mereka.

Ia digambarkan sebagai kostum kartun yang ‘hidup’.

 

Beg bersaiz sebutir garam, harga lebih RM280,000

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker