Polis siasat darjah kebesaran Pahang dijual di platform e-dagang

Polis siasat darjah kebesaran Pahang dijual di platform e-dagang

Polis siasat darjah kebesaran Pahang dijual di platform e-dagang
Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, Kuantan. NSTP/Asrol Awang

KUANTAN: Polis Pahang menyiasat kegiatan penjualan bintang dan lencana darjah kebesaran negeri Pahang melalui platform e-dagang tanpa kebenaran.

Ketua Polis Pahang, Datuk Yahaya Othman, berkata kegiatan penjualan itu dikesan selepas Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pekan menerima laporan, kelmarin.

Katanya, siasatan awal mendapati satu set darjah kebesaran itu dijual pada harga melebihi RM1,000.



Beliau berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017.

“Mengikut seksyen ini, tiada seorang pun boleh kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan membuat bagi maksud jualan atau menjual atau mempamer untuk jualan atau memiliki untuk dijual, apa-apa lambang gelaran atau anugerah,” katanya pada sidang media, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, di sini hari ini.

Yahaya berkata, semua pihak tidak dibenarkan memasang atau memaparkan lambang atau emblem darjah kebesaran negeri Pahang pada mana-mana bahagian kenderaan mereka tanpa kebenaran.

“Mengikut Seksyen 3(1)(d) Enakmen Lambang Gelaran atau Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Pahang 2017 menyatakan tiada seorang pun boleh kecuali dengan kebenaran bertulis daripada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan mempamer atau melekatkan apa-apa bahan yang mengandungi apa-apa lambang gelaran atau anugerah, atau apa-apa replika mengenainya kepada apa-apa kenderaan.



“Mana-mana individu yang disabitkan bagi kedua-dua kesalahan berkenaan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Polis siasat darjah kebesaran Pahang dijual di platform e-dagang


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hadi Awang: Tragedi Memali Soalan Syaitan

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button