Polis rampas lebih 60,000 liter diesel subsidi

Polis rampas lebih 60,000 liter diesel subsidi

Polis rampas lebih 60,000 liter diesel subsidi
Pihak berkuasa merampas diesel bersubsidi. – Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Pasukan Polis Marin Wilayah Dua merampas 60,700 liter minyak diesel bersubsidi dalam serbuan sebuah premis di Masai di sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner M Kumar, berkata serbuan menerusi Op Taring Landai pada jam 1.35 petang itu turut menahan 10 lelaki tempatan dan warga asing.

Katanya, minyak diesel yang dirampas dianggarkan bernilai RM149,000, manakala nilai lori dan aset yang dirampas RM1 juta.



“Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM1.162 juta. Premis ini dijadikan tempat penyimpanan dan memproses minyak diesel bersubsidi.

“Pihak kami masih menyiasat berapa lama sindiket yang disyaki dalam penyeludupan minyak diesel bersubsidi beroperasi,” katanya di sini, hari ini.

Kumar berkata, 10 lelaki yang ditahan terdiri daripada tujuh lelaki tempatan dan tiga lelaki warga asing berusia 29 sehingga 61 tahun.

Katanya, mereka pekerja dan pemandu lori.



“Kita masih menyiasat siapa dalang di sebalik kegiatan ini,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961, Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 (pindaan 2002) dan Seksyen 12 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis rampas lebih 60,000 liter diesel subsidi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hadi Awang: Tragedi Memali Soalan Syaitan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button