Polis tahan 9 individu disyaki terbabit kes pemerdagangan manusia, curi REE

Polis tahan 9 individu disyaki terbabit kes pemerdagangan manusia, curi REE

ALOR SETAR: Polis membongkar kegiatan pemerdagangan manusia dan kecurian sumber nadir bumi (REE) di Bukit Enggang, Sik selepas menahan sembilan individu hujung bulan lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh, berkata kesemua mereka yang ditahan terdiri daripada empat lelaki warga Myanmar dan lima warga tempatan berusia antara 22 tahun hingga 60 tahun.

Beliau berkata, empat suspek tempatan termasuk seorang wanita itu ditahan pada 21 Jun lalu, manakala seorang lagi ditahan pada 25 Jun lalu dan susulan itu empat lagi lelaki warga Myanmar ditahan serta rampasan pelbagai peralatan disyaki digunakan melombong REE secara manual.



“Turut dirampas, sejumlah empat guni setengah berisi bahan mineral yang diikat dan disyaki REE seberat 99 kilogram (kg).

“Kejayaan tangkapan ini berikutan laporan yang dibuat seorang pengurus sebuah syarikat sendirian berhad yang dilantik untuk mengusahakan ladang hutan Kompartmen 12 Hutan Simpan di Bukit Enggang, Sik yang dibuat pada 31 Mei lalu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

BN Mesti Bersedia Hadapi PRK Parlimen Kuala Terengganu




“Laporan itu dibuat berikutan berlaku kecurian ke atas peralatan dan kelengkapan milik syarikat serta perbuatan khianat ke atas tanaman yang diusahakan di kawasan itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, di sini hari ini.

Fisol berkata, hasil siasatan yang dilakukan mendapati, semua peralatan yang didakwa dicuri atau hilang itu sebenarnya dibuat sitaan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) dalam beberapa siri operasi dan serbuan termasuk operasi pemusnahan kawasan atas kesalahan menceroboh hutan simpan tanpa permit serta perlombongan REE secara haram pada Februari lalu.

“Susulan daripada itu juga, pihaknya turut merampas sebuah lori dengan muatan 185 guni disyaki mengandungi nadir bumi yang dipercayai dibawa keluar dari kawasan hutan simpan terbabit pada 26 September tahun lalu.

Fisol berkata, polis sedang mengesan seorang lagi lelaki warga tempatan berusia 46 tahun yang dikehendaki bagi membantu siasatan yang dijalankan.



Beliau berkata, lelaki terbabit membuat laporan yang mendakwa kehilangan barangan REE, namun sebenarnya barangan itu disita jabatan yang terbabit dalam operasi pada Februari lalu.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan supaya tampil menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintendan Che Intan Subri di talian 013-9329614,” katanya.

Polis tahan 9 individu disyaki terbabit kes pemerdagangan manusia, curi REE
Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh menunjukkan gambar saspek yang dikesan bagi membantu siasatan, pada sidang media kes pemerdagangan manusia dan kecurian nadir bumi (REE), di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, hari ini. – NSTP/Syaharim Abidin

Polis tahan 9 individu disyaki terbabit kes pemerdagangan manusia, curi REE

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Hadi Awang: Tragedi Memali Soalan Syaitan



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading