Siapa pemilik ladang Musang King di Kedah?

Kami terima maklumat bahawa pengusaha ladang Musang King ada lah individu yang ada kaitan dengang MB Kedah.

Sekian lama nama pemilik tidak diketahui dan kini sudah tersebar berkenaan nya seperti dibawah yang dikirim kepada portal kami:-

*AKHIRNYA TERDEDAH PEMILIK SYARIKAT LADANG MUSANG KING DI GUNUNG INAS BALING*



Walaupun nama syarikat yang bertanggung jawab menanam pokok durian Musang King tidak di dedahkan oleh MB Kedah tetapi ianya terdedah juga. Nama Syarikat terbabit adalah ECK Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat di bawah ECK Group.

ECK group juga terlibat secara langsung bersama kerajaan Negeri Kedah yang di pimpin Sanusi dalam projek pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim. Kerjasama ini juga meliputi pembangunan Bandar Aerotropolis dan Airport City di Mukim Sidam Kiri, Kuala Muda Kedah.

Untuk rekod syarikat yang sama menjadi berita panas apabila menderma RM1 juta kepada Pengerak Ekonomi Negara (PEN) yang merupakan sebuah NGO yang di Miliki oleh Zuraida yang menjawat jawatan Menteri Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ianya panas apabila ECK di senarai hitam oleh Kementerian Perumahan kerana gagal membayar kompaun.



Ramai yang merasa hairan apabila MB Kedah bersama dengan beberapa pemimpin PAS mempertahankan ladang Musang King di Gunung Inas yang menjadi punca banjir di Baling. Sepatutnya MB Kedah mempertahankan rakyat Baling yang di timpa musibah kerana banjir dan bukannya syarikat Musang King yang menjadi penyebab banjir.

Adalah amat di kesali apabila syarikat yang kaya raya adalah menjadi keutamaan pada MB Kedah dan bukannya rakyat miskin di Baling. Inilah wajah pemimpin yang berselindung di sebalik Agama tetapi bersikap zalim pada rakyat yang di timpa musibah.

Kumpulan Syarikat ECK ini beribu pejabat di Pulau Pinang dan di ketuai oleh Tan Sri Khor Eng Chuen.

*ECK GROUP OF COMPANIES*



​ECK Holding Sdn Bhd
ECK Sdn Bhd
ECK Consolidated Sdn Bhd
ECK Construction Sdn Bhd
ECK Development Sdn Bhd
Alphagold Property Management Sdn Bhd
Beribu Dekad Sdn Bhd
CGC Project Management Sdn Bhd
Daiman Restu Sdn Bhd
Deritec Construction Sdn Bhd
Double Gold Development Sdn Bhd
Edisi Serbaneka Sdn Bhd
Eurexel Marketing Sdn Bhd
Enerlogy Sdn Bhd
Gemilang Mahawangsa Sdn Bhd
General Accomplishment Sdn Bhd
Global Land Master Sdn Bhd
Merodex Construction Sdn Bhd
Padland Property Management Sdn Bhd
Pembinaan Bela Megah Sdn Bhd
Repwood Sdn Bhd
Sinopolitan Sdn Bhd
Solican Construction Sdn Bhd
Solitsen Construction Sdn Bhd
Spectacular Vista Development Sdn Bhd
Tahap Teras Sdn Bhd

Maka dengan tersebar maklumat ini, MB Kedah perlu tampil untuk memberi pencerahan.

 

;-



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading