Projek Musang King Di Sik Bakal Mengulangi Tragedi Iboi

@skuadsiasat

PEMBALAKAN, PROJEK MUSANG KING UMPAMA BOM JANGKA : APAKAH TRAGEDI KAMPUNG IBOI TIDAK JARI PENGAJARAN?

♬ original sound – SquadSiasat – SquadSiasat

Projek Musang King Di Sik Bakal Mengulangi Tragedi Iboi

Tragedi kepala air di Iboi yang meragut 3 nyawa serta memusnahkan kehidupan lebih dari 1,500 orang masih lagi menjadi trauma kepada penduduk setempat.



Tragedi kepala air Iboi juga turut memusnahkan 12 kampung berhampiran.

Walau pun sudah setahun tragedi tersebut berlalu, namun bagi mangsa, ia tetap menjadi mimpi ngeri kepada mereka.

Satu mesej yang jelas dari alam kepada manusia, jangan terlalu rakus menggali hasil bumi tanpa memikirkan kesannya.

Malah Allah SWT telah memberikan peringatan dan amaran yang sangat jelas di dalam Al Quran.



Firman Allah SWT:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِى الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ اَيْدِى النَّاسِ لِيُذِيْقَهُمْ بَعْضَ الَّذِيْ عَمِلُوْا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُوْنَ

Mafhumnya:

Telah tampak kerusakan di darat dan di laut disebabkan karena perbuatan tangan manusia.



Allah menghendaki agar mereka merasakan sebagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Surah Ar Rum : 41 

Kini satu lagi projek penerokaan hasil hutan dilakukan oleh Kerajaan PAS Kedah yang diterajui oleh Sanusi Md Nor bakal mendatangkan bencana kepada rakyat Kedah.

Projek Tanaman Musang King Bakal Mengulangi Tragedi Iboi

 



@skuadsiasat

PEMBALAKAN, PROJEK MUSANG KING UMPAMA BOM JANGKA : APAKAH TRAGEDI KAMPUNG IBOI TIDAK JARI PENGAJARAN?

♬ original sound – SquadSiasat – SquadSiasat

Pertubuhan Alam Sekitar Sejahtera Malaysia (GRASS), menyuarakan kebimbangan ke atas projek penanaman Musang King di Hutan Simpan Rimba Teloi, Sik, Kedah.



Menurut penasihat GRASS, Mohd Sobri Ramlee, projek tersebut adalah ibarat bom jangka yang bakal mengulangi tragedi kepala air di Iboi.

Jelas beliau kebimbangan GRASS sudah pun dimaklumkan kepada pihak berwajib.

Bagaimanapun, tiada langkah diambil pihak berwajib termasuk kerajaan negeri untuk memberhentikan projek tersebut.

Tiada kajian semula Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) meskipun bantahan, risiko diutarakan sehingga kini.



Lebih membimbangkan kini kejadian banjir lumpur sudah mula menimpa penduduk berhampiran HSK Rimba Teloi.

“Banjir yang melanda adalah perkara baharu kepada penduduk yang sekian lama menetap di sana”.

“Selain itu ada juga kayu balak hanyut hingga ke penempatan penduduk sebagai bukti ada aktiviti terlarang berlaku di HSK tersebut”.

“Keadaan ini secara langsung membuatkan GRASS meletakkan Rimba Teloi sebagai ‘bom jangka’”.

“Seperti mana amaran yang diberikan dengan Gunung Inas setahun sebelum kejadian kepala air itu”.

“Antara pertikaian lain yang timbul termasuk pokok musang king tidak tersenarai dalam 11 spesies tanaman yang dikenal pasti sebagai ladang hutan tetap dibenarkan penanaman,” katanya.

Pencemaran Bekalan Air Bersih

Selain daripada risiko kepala air, penanaman Musang King itu turut dipercayai menjadi punca pencemaran air Sungai Tebal, Sungai Chepir yang digunakan penduduk sebagai sumber utama air.

“Kolam tadahan air penduduk sudah diubah tiga kali susulan akitviti terlarang yang menyebabkan air tadahan keruh”.

“Ini menyebabkan penduduk terpaksa mengambil air dari kawasan tadahan lebih tinggi”.

“Kalau kita lihat air sungai ini keruh walaupun sekarang musim kemarau”.

“Bukan saja itu, kawasan sungai ini dahulunya menjadi tempat penduduk berkelah dan mencari sumber makanan seperti ikan tengas dan lain-lain”.

@ikmal88idris

Utusan siar berita guna gambaq bila ?apa motif utusan sebenarnya ?. #utusan #utusanmeloya #musangking #kedahkrew #mbkedah #sikkedah #mbkita #kedahsejahtera

♬ original sound – IkmalIdris – IkmalIdris

Pada bulan Ogos 2022, Sanusi memaklumkan bahawa kawasan penanaman tersebut sudah pun ditanam dengan tanaman penutup bumi.

Namun tinjauan terkini mendapati, kawasan tanaman di hutan simpan berkenaan digondol dengan pembinaan teres bagi penanaman Musang King.

Ini menimbulkan tandatanya mengenai kenyataan yang pernah dibuat oleh Sanusi tahun lepas.

Selepas isu nadir bumi, kini timbul pula isu pembalakan haram dan pencemaran alam sekitar yang berisiko tinggi di bumi Kedah.

Apakah rakyat Kedah masih mahu mengekalkan pentadbiran yang ada sekarang?

 

Projek Musang King Di Sik Bakal Mengulangi Tragedi Iboi

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading