Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi

Isu kecurian hasil bumi REE atau nadir bumi di negeri Kedah, pernah menggemparkan seluruh negara.

Tanpa SOP yang ditetapkan dan tanpa mendapatkan laporan penilaian terhadap pencemaran alam sekitar (EIA) hasil bumi Kedah disakau.

Lebih menghairankan, menteri besar Kedah, Sanusi Md Nor, dilihat seolah-olah ‘melindungi’ kegiatan haram tersebut.



Kini, timbul lagi cerita terkini mengenai kegiatan haram tersebut.

Amanah Kedah mendedahkan, mereka mendapat maklumat kegiatan mencuri hasil bumi Kedah itu masih lagi dijalankan oleh pihak tertentu.

Lebih mengejutkan, aktiviti itu didakwa berlaku di tapak milik Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) tanpa prosedur operasi standard (SOP).

Pengerusi Amanah Kedah, Ismail Salleh berkata, kegiatan haram itu masih berlaku di Hutan Simpan Kekal (HSK) Bukit Enggang di Sik.



Benarkah Masih Berlaku Aktiviti Pelombongan Haram REE Di Kedah?

 

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi

Beliau menambah, maklumat diterima dari penduduk tempatan mengenai aktiviti haram tersebut yang masih lagi berlaku.

Kira-kira 12 orang yang tinggal di inap desa berhampiran akan masuk ke kawasan terbabit terutamanya pada waktu malam.



“Mereka masuk dalam itu (tanah MBI) tetapi dia buat apa kita pun tak tahu”.

“Mereka sebut eksplorasi lah, naik atas (untuk) eksplorasi”.

“Jadi, ini lah yang hendak kita (dapatkan) keseluruhan jawapan dalam isu (REE),” jelas Ismail Salleh.

Beliau juga menggesa satu tribunal siasatan khas atau RCI ditubuhkan bagi melakukan siasatan secara terperinci berhubung aktiviti tersebut.



“Perlu tubuh satu tribunal ataupun apa juga bentuk siasatan yang mesti dilakukan terhadap isu REE ini”.

“Banyak persoalan, banyak pertanyaan yang perlu dirungkai yang selama ini tidak terungkai”.

“Tidak terungkai semasa di DUN dan jawapan daripada menteri besar Sanusi Md Nor pun, semakin beliau jawab, saya semakin keliru,” katanya.

Kerajaan tidak boleh memandang remeh sekiranya berlaku kecurian hasil bumi melalui aktiviti haram pelombongan nadir bumi di Kedah.



Ianya bukan sahaja akan membabitkan kerugian pendapatan negara dan negeri, tetapi juga membabitkan ancaman kepada keselamatan nyawa rakyat.

 

Kenapa Sanusi Membisu Atas Dakwaan Amanah Kedah REE Masih Di Curi

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button