Adakah Sanusi Ada Cita Cita Tinggi Untuk Kepimpinan Tertinggi PAS?

Adakah Sanusi Ada Cita Cita Tinggi Untuk Kepimpinan Tertinggi PAS?

Presiedn Pejuang, Mukhriz Mahathir berkata Pejuang masih berharap supaya dapat bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) dalam PRN Kedah.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan sama ada Pejuang akan bertanding solo atau atas tiket PN dalam PRN Kedah.

Namun begitu Mukhriz memaklumkan Pejuang masih lagi belum menerima surat penolakan rasmi dari PN.



Beliau hanya mengetahui perkara tersebut melalui laporan media.

Agak pelik, adakah penolakan permohonan untuk menyertai PN hanya dimaklumkan oleh kepimpinan tertinggi PN kepada media.

Tidak ada sebarang surat rasmi penolakan permohonan tersebut dikeluarkan oleh PN kepada parti Pejuang?

Atau mungkinkah keputusan dibuat oleh pihak tertentu tanpa pengetahuan dari kepimpinan tertinggi PN?



Siapa Yang Membuat Keputusan Penolakan Tersebut?

 

Adakah Sanusi Ada Cita Cita Tinggi Untuk Kepimpinan Tertinggi PAS?

Kebiasaannya, yang akan membuat keputusan besar begini adalah kepimpinan tertinggi parti melalui keputusan Majlis Presiden parti.

Surat rasmi akan dikeluarkan kepada pihak pemohon untuk memaklumkan keputusan parti dan satu siaran media akan dikeluarkan.



Melalui semakan, penulis dapati tidak ada sebarang surat rasmi atau siaran media yang dikeluarkan oleh PN.

Yang ada hanyalah kenyataan media yang dibuat oleh menteri besar Kedah, Sanusi Md Nor.

Persoalannya, adakah kenyataan Sanusi itu mewakili keputusan PN?



Sanusi bukanlah ‘top five’ dalam PAS yang menjadi parti dominan di dalam PN.

Beliau hanyalah Pengarah Pilihanraya PN dalam pilihanraya negeri.

Ada maklumat yang mengatakan, tindakan Sanusi itu adalah sebagai isyarat bahawa beliau tidak bersedia mengosongkan kerusi menteri besar sekiranya PN menang dalam PRN Kedah.

Maklumat dalaman dari kem Sanusi sendiri memberitahu, beliau kini sudah bersedia untuk bertanding sekurang-kurangnya kerusi Timb Presiden PAS dalam pemilihan yang akan datang.



Keputusan itu diambil selepas merasa kecewa kerana kepimpinan PAS dirasakan memaksa beliau untuk mengosongkan kerusi menteri besar.

Sanusi merasakan kepimpinan PAS bersikap kera di hutan disusukan, sedangkan anak di rumah dibiarkan mati kelaparan.

Lebih mengecewakan lagi apabila keputusan yang melibatkan diri beliau tidak dibincangkan dengan beliau terlebih dahulu.

Sejauh mana kebenarannya, belum dapat dipastikan lagi.



Tetapi mungkin juga Sanusi kini merasakan, beliau lebih berkarisma dari kepimpinan utama sekarang untuk menerajui PAS.

Sekiranya perkara ini benar dan Sanusi berjaya, apa seterusnya?

Tidak mustahil kerusi pengerusi PN pula akan menjadi idaman beliau.

Semuanya semata-mata kerana Melayu Isley, tidak begitu Sanusi?

 

Adakah Sanusi Ada Cita Cita Tinggi Untuk Kepimpinan Tertinggi PAS?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button