Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO

Perancangan Mahathir Untuk 'Membunuh' UMNO

Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO

Penulis mengikuti wawancara antara ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil, dengan Malaysia Gazette.

Penulis tertarik dengan kenyataan Isham bahawa kini UMNO semakin kehilangan sokongan dari pengundi teras UMNO.

Yang dimaksudkan oleh Isham dengan pengundi teras UMNO adalah sokongan dari pengundi Melayu.



Ada kebenarannya apa yang didedahkan oleh Isham yang mungkin selama ini tidak disedari oleh kepimpinan tertinggi UMNO.

Atau mereka menyedarinya, tetapi tidak mampu melakukan apa-apa untuk mengembalikan kepercayaan orang melayu kepada UMNO.

UMNO adalah sebuah parti yang berteraskan kepada sokongan dan dokongan orang Melayu dan sememangnya dikenali sebagai parti terbesar orang Melayu.

Sekiranya UMNO hilang sokongan dan kepercayaan dari orang Melayu, maka ianya memberi isyarat bahawa riwayat UMNO akan berakhir.



Menurut Isham, sekiranya dahulu, bila ditanyakan kepada orang Melayu, parti manakah yang mereka yakini memperjuangkan nasib bangsa Melayu?

Tanpa teragak-agak, mereka akan katakan parti UMNO.

Tetapi kini, apabila soalan yang sama dikemukakan kepada orang Melayu, tanpa teragak-agak, mereka akan katakan Perikatan Nasional.

Ini adalah satu petanda yang sangat buruk kepada UMNO dan ianya bukanlah persepsi tetapi telah mula menjadi realiti.



Defisit Sokongan Orang Melayu Kepada UMNO

 

Fakta menunjukkan, defisit sokongan orang Melayu kepada UMNO mula berlaku sejak PRU 14.

Pada PRU 14, UMNO hanya berjaya memenangi 54 kerusi parlimen berbanding 87 kerusi parlimen yang dimenangi dalam PRU 13.



Keadaan menjadi semakin parah apabila UMNO cuma mampu memenangi 26 kerusi parlimen pada PRU 15 berbanding 54 kerusi parlimen yang dimenangi dalam PRU 14.

Persoalannya, mengapa ini berlaku?

Agenda Mahathir ‘Membunuh’ UMNO

 

Hingga kini kepimpinan UMNO masih lagi bermonolog bahawa kekalahan UMNO dalam pilihanraya umum adalah kerana fitnah, rasuah politik dan sebagainya.



Kita tidak menafikan kenyataan itu, tetapi realitinya, ada perancangan yang tersusun telah diatur oleh Dr Mahathir untuk ‘membunuh’ UMNO.

Tanpa berselindung, Dr Mahathir mengumumkan penubuhan PPBM adalah untuk menggantikan UMNO yang sudah rosak dalam perjuangan nasib bangsa Melayu.

Pasti kita masih ingat bagaimana paniknya Dr Mahathir apabila terjalinnya kerjasama antara UMNO dan PAS dalam Muafakat Nasional.

Apabila UMNO dan PAS menandatangani Piagam Muafakat Nasional, Dr Mahathir dengan pantas mengadakan Kongres Maruah Melayu.



Walau pun PAS ketika itu dilihat masih lagi setia dengan UMNO dalam Muafakat Nasional, tetapi sudah ada kecenderungan PAS kepada PPBM.

Hadi Awang sendiri pernah mendedahkan bahawa beliau adalah antara watak utama di dalam Langkah Sheraton.

Serta jangan lupa, Langkah Sheraton sebenarnya adalah ilham yang dicetuskan oleh Dr Mahathir sendiri.

Selepas Langkah Sheraton, maka bermulalah pengkhianatan PAS kepada UMNO.

UMNO terus dipinggirkan, walau pun menjadi sebahagian dari kerajaan.

Dalam masa yang sama, Dr Mahathir dilihat begitu agresif memainkan sentimen bangsa Melayu dan menuduh UMNO sudah jauh tersasar dari perjuangan asal.

PPBM dan PAS pula mengambil kesempatan dominasi mereka di dalam kerajaan dengan memainkan watak hero Melayu.

Cerita bantuan kepada Makcik Kiah didendangkan, cerita bantuan kepada Pakcik Hassan dilagukan dan UMNO digambarkan sebagai budak nakal di dalam Kerajaan Perikatan Nasional.

UMNO Semakin Parah Bila Ismail Sabri Di Lantik Sebagai Perdana Menteri Boneka Muhyiddin

Keadaan menjadi bertambah buruk kepada UMNO apabila Ismail Sabri dilantik sebagai perdana menteri boneka Muhyiddin.

Desakan pemimpin UMNO supaya parlimen dibubarkan segera telah digunakan sepenuhnya oleh Dr Mahathir, PPBM dan PAS.

UMNO digambarkan sebagai sebuah parti yang tamak kuasa serta tidak menghiraukan nasib bangsa Melayu.

Sikap pengkhianat dalaman UMNO yang merupakan ajen Muhyiddin dan Dr Mahathir telah menimbulkan keretakan dalaman UMNO.

Keadaan ini mendapat liputan luas apabila kenyataan media secara terbuka yang mengkritik kepimpinan UMNO dibuat oleh pengkhianat UMNO.

Ia menjadi dalil yang sangat kukuh terhadap label UMNO tamak kuasa yang diberikan oleh Dr Mahathir, PPBM dan PAS.

Rakyat melihat dan mendengarnya dengan rasa yang cukup meloyakan.

Kini, Dr Mahathir sudah hampir berjaya untuk menghakis kepercayaan orang Melayu kepada UMNO.

Beliau kini telah mula mengumpulkan kembali parti yang berteraskan sokongan Melayu untuk bergerak ke arah seterusnya.

Survivor UMNO kini terpaksa bergantung kepada ehsan Pakatan Harapan.

Tetapi sangat menghairankan apabila ada segelintir pemimpin UMNO yang terus mempamerkan keangkuhan.

Melenting apabila tegur, tidak bijak mengawal emosi ketika mematahkan hujah lawan di hadapan kamera.

Sedarlah, UMNO kini hanya mempunyai 2 pilihan.

Berubah atau dikuburkan.

 

Perancangan Mahathir Untuk ‘Membunuh’ UMNO

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button