Mungkin Lebai PAS Sik Rasa Syurga Dan Neraka Milik Dia

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Mungkin Lebai PAS Sik Rasa Syurga Dan Neraka Milik Dia

Dalam kempen PRU 15 tahun lepas, Ketua Pemuda PAS Sik, Kedah, Mohd Shahiful Mohd Nasir, secara wewenang menetapkan sama ada seseorang itu akan ke syurga atau neraka.

Dakwa Shahiful ketika itu, siapa sahaja yang mengundi selain dari PAS/PN, sama ada undi BN atau PH, akan masuk ke dalam api neraka.

Kenyataan yang dibuat oleh Shahiful ketika kempen PRU 15 itu mendapat kecaman ramai.

Akhirnya, beliau tampil memohon maaf secara terbuka.

Selepas permohonan maaf dari Shahiful, kita semua fikir eloklah kita bersangka baik.

Pada fikiran kita semua, sebagai seorang yang berilmu, berjubah dan berserban sebagai pakaian rasmi lebai PAS, sudah tentu beliau menyesali ketelanjuran yang beliau lakukan.

Tetapi, itulah perangai lebai-lebai PAS yang membuatkan kita merasa mual.

Rupa-rupanya, tidak sampai setahun beliau meminta maaf, sekali lagi beliau ulangi perkara yang sama.

Kalau sebelum ini beliau ‘menetapkan’ siapa sahaja yang mengundi selain PAS masuk api neraka.

Kali ini kenyataan yang sama tapi tidak serupa pula dikeluarkan.

Kali ini, beliau ‘menetapkan’ barang siapa yang berniat tidak mahu mengundi atau menjalankan kempen untuk tidak mengundi atau menentang presiden PAS, akan masuk neraka.

Dalam artikata lain, kalau sebelum ini beliau ‘menetapkan’ ahli parti lain atau pengundi atas pagar yang tidak mengundi PAS masuk neraka.

Kali ini beliau ‘menetapkan’ pula, ahli PAS yang tidak mengundi atau menentang presiden PAS akan masuk ke dalam neraka.

Penulis merasa sangat pelik dengan akidah lebai-lebai PAS.

Dengan begitu mudah, mereka menetapkan sama ada seseorang itu akan masuk syurga atau neraka.

Seolah-olah mereka merasakan bahawa syurga dan neraka itu adalah milik mereka.

Atau sekurang-kurangnya mereka rasa bahawa kunci syurga atau neraka itu berada dalam simpanan mereka.

Persoalannya, apakah mereka sendiri sudah ‘confirm’ masuk syurga?

Tidakkah lebai-lebai PAS ini takut dengan kemurkaan Allah SWT.

 

Mungkin Lebai PAS Sik Rasa Syurga Dan Neraka Milik Dia

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker