BN Mesti Bersedia Hadapi PRK Parlimen Kuala Terengganu

BN Mesti Bersedia Hadapi PRK Parlimen Kuala Terengganu

BN Mesti Bersedia Hadapi PRK Parlimen Kuala Terengganu

Keputusan PAS untuk tidak membuat rayuan atas keputusan Mahkamah Pilihanraya yang membatalkan kemenangan Ahmad Amzad telah membuka ruang untuk pilihanraya kecil.

PAS memberikan alasan mengutamakan rakyat kerana tidak mahu penduduk setempat terbiar tanpa wakil rakyat.

Mungkinkah PAS tidak faham, selagi rayuan belum sampai ke peringkat Mahkamah Persekutuan, Ahmad Amzad masih lagi ahli parlimen.



Kita tinggalkan PAS dengan alasan mereka yang tidak munasabah.

Pilihanraya kecil parlimen Terengganu akan menjadi PRK pertama yang akan diadakan sejak penubuhan Kerajaan Perpaduan.

SPR dijangka akan mengumumkan tarikh penting untuk PRK Parlimen Kuala Terengganu dalam masa yang terdekat.

Besar kemungkinan, PRK parlimen Kuala Terengganu akan diadakan serentak dengan pilihanraya negeri Terengganu pada 12 Ogos ini.



Sekiranya ini berlaku, adakah PH/BN sudah bersedia untuk merampas kerusi parlimen tersebut?

Dalam PRU 15, Ahmad Amzad menang parlimen Kuala Terengganu dengan kelebihan majoriti 14,773 undi.

Beliau menewaskan calon BN, Wan Nawawi Ismail dan calon PH, calon PH, Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Walau pun mahkamah sudah memutuskan kemenangan Ahmad Amzad mempunyai pengaruh rasuah, tetapi PH/BN tidak boleh merasa terlalu selesa.



Mungkin sebahagian undi yang diberikan kepada PAS dipengaruhi unsur rasuah.

Tetapi adalah mustahil kemenangan beliau hanya berdasarkan kepada faktor rasuah sahaja.

Tidak boleh dinafikan, PAS mempunyai pengundi tegar yang tetap akan memberikan undi pada PRK Kuala Terengganu nanti.

PH/BN perlu mencari jalan untuk memikat hati pengundi baru.



Pengundi atas pagar juga perlu didekati sekiranya mahu merampas kerusi parlimen Kuala Terengganu.

PH/BN perlu berusaha keras supaya dapat memastikan bukan sahaja dapat memenangi PRN Terengganu, tetapi juga PRK Kuala Terengganu.

 

BN Mesti Bersedia Hadapi PRK Parlimen Kuala Terengganu

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading