Media cuba apikan dan ambil kesempatan terhadap penyokong Najib dengan laporan persepsi
Semakin hampir PRN di Enam negeri, Maka semakin tertekan pihak pihak tertentu untuk mempengaruhi pengundi.
Tiga negeri dikuasai oleh pihak Perikatan Nasional dan tiga negeri dikuasai oleh Pakatan Harapan.
Maka , pasti sekali yang mesti mempertahankan Kemenangan lebih tertekan dari pihak yang mahu merampas.
Barisan Nasional masuk ke gelanggang sebagai “underdog” memandangkan ke enam enam negeri bukan dibawah penguasaan BN.
Dalam masing masing cuba menarik sokongan maka ada juga pihak yang ambil kesempatan untuk mencelah dalam kemelut pembebasan Datuk Seri Najib Razak.
Pihak yang tahu penyokong DSNR ada yang patah hati dan kecewa DSNR belum dibebaskan lagi.
Maka atas sebab ini media pro PN dilihat sangat aktif untuk mencucuk jarum.
Kenyataan anak anak DSNR dimanipulasi untuk menumpang hasutan supaya tidak mengundi untuk PH atau BN.
Apa yang disebut oleh salah seorang anak DSNR ada lah kedapatan ramai penyokong DSNR kecewa dan merajuk dan beliau berkongsi perasaan itu serta faham , tetapi tidak pula didapati sehingga kenyataan beliau menyuruh tarik sokongan terhadap BN dan kepimpinan UMNO.
Sehingga kini pun belum didapati arahan dari mulut DSNR sendiri melalui orang orang yang rapat dengan nya terutama anak perempuan Najib sendiri untuk menolak BN Dan UMNO atau BN pada PRN akan datang ini.
Ini lah bahaya nya jika penyokong DSNR yang tulin tidak ambil jalan bijaksana kerana musuh akan ambil kesempatan dan memanipulasikan kenyataan. Uttuk memberi gambaran yang merugikan UMNO sendiri.
Harus dinasihatkan kepada penyokong UMNO Dan penyokong DSNR agar jangan terperangkap dengan permainan pihak lawan yang semakin tergugat lalu menyucuk jarum dengan hasutan menolak BN atau PH.