Kemuka 4 cadangan bangunkan Labuan

Kemuka 4 cadangan bangunkan Labuan

Kemuka 4 cadangan bangunkan Labuan
SESI perundingan Belanjawan 2024 yang diadakan baru-baru ini.

Labuan: Dewan Perniagaan Labuan (LCC) mengemukakan empat cadangan bagi menangani cabaran utama dan merangsang pertumbuhan ekonomi di pulau bebas cukai itu, dalam Belanjawan 2024.

Cadangan itu diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali pada sesi perundingan Belanjawan 2024 dengan pentadbiran kerajaan, penggiat industri di Wilayah Persekutuan dan pihak berkepentingan lain di Putrajaya pada 29 September lalu.

Setiausaha LCC Raymund Pang dalam pembentangan bertajuk ‘Transformasi Ekonomi Labuan: Cabaran dan Peluang’ berkata, Labuan sebagai pusat perniagaan dan kewangan antarabangsa di Malaysia bergelut dengan beberapa isu yang memerlukan penyelesaian strategik untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi Labuan.



“Cadangan LCC bertujuan untuk terus menangani cabaran ini bagi memacu pemulihan dan pertumbuhan ekonomi,” katanya sambil memaklumkan cadangan pertama adalah memperkenalkan semula aktiviti pemunggahan bagi alkohol dan produk tembakau seperti rokok.

Inisiatif pertama ini berhasrat untuk memantapkan semula kedudukan Labuan sebagai hab pemunggahan, memanfaatkan rangkaian Kawasan Pertumbuhan Asean Timur- Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMB-EAGA).

“Menerusi langkah ini, Labuan boleh menggalakkan aktiviti perniagaan, mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kos perkapalan,” katanya.

Menurutnya cadangan kedua adalah menempatkan semula terminal roro feri sedia ada ke Tanjung Aru, Labuan yang berupaya mengurangkan tempoh perjalanan daripada dua jam kepada 45 minit.



“Langkah ini akan meningkatkan kecekapan logistik dan memberikan penjimatan kos kepada perniagaan dan individu. Kesalinghubungan yang lebih baik ini dijangka mendorong perdagangan dan pelancongan di rantau ini,” katanya.

Pang turut menekankan keperluan untuk menggunakan semula Kompleks Hab Halal di sini bernilai RM86 juta yang lama terbiar.

Kemuka 4 cadangan bangunkan Labuan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sebutir Beras Adalah Setitik Keringat Petani, Tetapi Mengapakah Mereka Di Abaikan?



 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading