Ras Adiba Sertai PN Kerana Kecewa Jawatan Senator Tidak Di Sambung

Ras Adiba Sertai PN Kerana Kecewa Jawatan Senator Tidak Di Sambung

Ras Adiba Sertai PN Kerana Kecewa Jawatan Senator Tidak Di Sambung

Secara jujur bagi penulis, berita mengenai bekas senotar Ras Adiba Radzi menyertai PPBM bukanlah satu berita besar yang mengejutkan.

Dalam dunia politik tanah air, Ras Adiba bukanlah satu nama besar yang mampu memberikan impak kepada politik tanah air.

Malah bagi penulis, penyertaan Ras Adiba dalam parti PPBM tidak lebih sekadar penyertaan orang biasa dalam parti PPBM.



Perlantikan Ras Adiba sebagai senator juga dilakukan bukan atas kapasiti beliau sebagai pemimpin perjuangan untuk bangsa Melayu.

Tetapi UMNO mencadangkan nama beliau atas kapasiti beliau sebagai orang kurang upaya.

Atau dalam artikata lain, sebagai memenuhi kuota orang kurang upaya di dalam Dewan Negara.

Teperti biasa, alasan klishe menyertai PPBM yang diberikan bukan kerana jawatan atau pangkat, tetapi demi perjuangan bangsa Melayu…😂😂😂



Tetapi realiti yang terbentang di hadapan mata adalah sebaliknya.

Lebih mengejutkan lagi, apabila anak DS Zahid, Nurulhidayah, mendedahkan ‘bisikan’ yang pernah Ras Adiba berikan kepada beliau.

Namun Nurulhidayah berharap agar penyertaan Ras Adiba dalam PPBM tiada kaitan dengan kontrak jawatan beliau sebagai Pengerusi Bernama dan Ahli Dewan Negara.

“Secara terbuka saya nyatakan Kak Deeb ada meminta bantuan saya untuk ‘bisik’ kepada DS Zahid tentang penyambungan term beliau dalam dua jawatan tersebut,” jelas beliau.



Penulis faham, kekecewaan beliau apabila apa yang dihajati tidak ditunaikan.

Tetapi ia tetap tidak menghalalkan Ras Adiba untuk menunggang perjuangan bangsa Melayu sebagai menutup agenda peribadi.

Sebenarnya, itulah gambaran sebenar matlamat perjuangan dan mentaliti pemimpin Perikatan Nasional.

 



Ras Adiba Sertai PN Kerana Kecewa Jawatan Senator Tidak Di Sambung

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading