Chegu Bard Masuk Ke Jerat Sendiri
Chegu Bard Masuk Ke Jerat Sendiri
Selasa lepas, AJK Penerangan PPBM, Badrul Hisham (Chegu Bard) membuat laporan SPRM ke atas perdana menteri, Anwar Ibrahim.
Menurut Badrul, SPRM perlu menyiasat status kediaman peribadi Anwar di Kajang, Selangor.
Badrul mendakwa, rumah di Sungai Long tersebut adalah milik seorang taukey Cina misteri.
Beliau juga mengemukakan bukti yang beliau dakwa telah ditandatangani oleh setiausaha sulit Anwar yang mengesahkan siapa pemilik sebenar rumah tersebut.
Badrul turut membangkitkan isu Anwar menggunakan beberapa kereta mewah yang didakwa bukan milik pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.
Ini termasuk kereta Jaguar yang didakwa dimiliki oleh Yayasan Aman Berhad, di mana Anwar adalah pengasas dan penasihatnya.
Juga sebuah BMW yang didakwa dimiliki oleh ahli perniagaan lain dari Selangor.
Sebagai respon dari laporan SPRM yang dibuat oleh Badrul, peguam Anwar, Sankara Nair, menjelaskan Anwar menandatangani perjanjian pajakan selama 10 tahun untuk mendiami rumah tersebut.
Sankara mendakwa perjanjian tersebut ditandatangani pada 2020.
“Dakwaan itu bersifat sangat memfitnah kerana tidak ada kebenaran”.
“Anwar mempunyai tempoh pajakan selama 10 tahun, jadi mengapa dia perlu keluar?”
“Mengapa dia perlu berpindah hanya kerana dia perdana menteri?,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, setiausaha politik Anwar, Farhan memaklumkan, satu laporan polis sudah dibuat atas fitnah yang dilemparkan oleh Badrul.
“Laporan polis sudah di buat di IPD Putrajaya mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia”.
“Turut dirujuk ialah Wan Saiful Wan Jan dan penulis blog Raggie Jessy Rithaudeen”.
“Ianya berhubung kenyataan mereka yang didakwa mencemarkan nama baik Anwar,” jelas Farhan.
Rasional Perikatan Nasional, Bila Musuh Pertahankan Diri Ianya Di Anggap Zalim
Laporan polis yang dibuat oleh Farhan ke atas Badrul, Wan Saiful dan Raggie Jessy dengan pantas mendapatĀ respon dari Tim Pengerusi Biro Perundangan & Perlembagaan PPBM, Sasha Lyna.
Beliau menuduh Anwar mempamerkan sikap hipokrit apabila menggunakan undang-undang drakonian yang ditentangnya sebelum ini.
“Sekiranya Anwar terkesan dengan dakwaan yang dibuat, adalah haknya untuk memfailkan satu tuntutan sivil untuk saman fitnah”.
“Setelah berkuasa, adakah Anwar mengharapkan layanan istimewa diberikan kepadanya dengan menggunakan kuasa polis untuk melindungi reputasinya?”
“Mengapakah perdana menteri membuat laporan polis terhadap rakyat yang mempersoalkan sumber kekayaan beliau dan mengugut dengan tindakan undang-undang jenayah?” soal Sasha.
Chegu Bard Masuk Ke Jerat Sendiri
Penulis tidak pasti sama ada pihak PPBM tidak faham atau tidak tahu apa yang dimaksudkan dengan mempertahankan diri untuk mendapatkan keadilan melalui undang-undang.
Segalanya bermula apabila Badrul menuduh ada unsur rasuah atau salah guna kuasa yang dilakukan oleh Anwar atas kediaman beliau sekarang.
Sebab itu Badrul membuat laporan SPRM.
Belum sempat SPRM membuka kertas siasatan, Wan Saiful dan Reggy Jessy telah memainkan isu tersebut secara meluas.
Pihak Anwar merasakan ianya adalah satu fitnah yang bersifat jahat kerana mahu menjejaskan integriti beliau sebagai perdana menteri.
Peguam Anwar tampil memberikan penjelasan mengenai keadaan yang sebenar dan setiausaha politik Anwar membuat laporan polis atas fitnah yang telah dibuat dan disebarkan.
Secara tiba-tiba Sasha pula menuduh Anwar zalim kerana menggunakan undang-undang untuk mempertahankan diri.
Rasionalnya, sama ada pihak Anwar mahu memfailkan satu tuntutan sivil terhadap saman fitnah atau terus menggunakan Seksyen 500 Kanun Keseksaan bukan hak PPBM untuk menentukannya.
Sasha sendiri bercakap mengenai hak kesamarataan di dalamĀ Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Jadi, apa masalahnya?
Anwar menggunakan hak beliau untuk mempertahankan diri mengikut peruntukan undang-undang?
Adakah kerana Anwar perdana menteri dan musuh politik PPBM, maka hanya PPBM sahaja yang boleh tentukan apakah tindakan balas yang boleh diambil?
Sangat pelik definasi keadilan dan kesamarataan mengikut fahaman PPBM.
Atau mungkin Sasha dan Badrul sudah nampak yang mereka akan masuk ke dalam jerat mereka sendiri?
Nasihat penulis, kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai.
Chegu Bard Masuk Ke Jerat Sendiri
Di Syorkan Untuk Anda:
- Abang Budin Bayar Cukai Pendapatan Tak?
- KPN Ulangi Janji Hamid Bador Untuk Bawa Pulang Jho Low
- Hadi Awang: PAS Akan Hapuskan Hak Istimewa Orang Melayu Sekiranya Memerintah