Pempamer raih potensi bisnes RM710j
Pempamer raih potensi bisnes RM710j

Kuala Lumpur: Pempamer Malaysia meraih peluang perniagaan berpotensi bernilai RM710.34 juta untuk jualan produk dan perkhidmatan aeroangkasa serta penubuhan hab di Malaysia pada International Paris Airshow 2023 (Ipas 2023) yang diadakan bulan lalu.
Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dalam kenyataan berkata, pameran udara itu menarik sejumlah besar pelawat daripada gergasi aeroangkasa global ke Pavilion Malaysia, sekali gus mengesahkan kedudukan Malaysia sebagai pemain utama dalam industri aeroangkasa Asia Tenggara.
Ia berkata, 338 pertemuan perniagaan berlangsung antara syarikat Malaysia dan pembeli antarabangsa semasa acara tujuh hari yang berlangsung dari 19 hingga 25 Jun di Paris, Perancis.
“Acara yang diadakan bersama pameran, khususnya, seminar di Groupement des industries françaises aéronautiques et spatiales (Gifas), atau chalet antarabangsa French Aerospace Industries Association, menarik minat daripada syarikat Eropah yang mencari pemahaman tentang usaha kemampanan Malaysia dan bidang potensi kerjasama,” katanya.
Matrade juga menyatakan beberapa siri mesyuarat diselaraskan untuk syarikat Malaysia dengan rakan niaga mereka dari Perancis, Jerman, Austria, United Kingdom, Jepun dan Korea Selatan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- KPN Ulangi Janji Hamid Bador Untuk Bawa Pulang Jho Low
- Hadi Awang: PAS Akan Hapuskan Hak Istimewa Orang Melayu Sekiranya Memerintah
- Ramai menanti Zeti datang Mahkamah sebagai saksi
“Selain itu, terdapat empat majlis menandatangani perjanjian antara syarikat Malaysia dan rakan niaga global mereka di Pavilion Malaysia, yang mengukuhkan kerjasama strategik,” kata Matrade.
Ketua Pegawai Eksekutif Matrade Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkata, penyertaan Ipas 2023 merupakan satu kejayaan besar yang mendapat sambutan menggalakkan.
“Kami menyerlahkan komitmen kita terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang diperjuangkan melalui amalan penyumberan mampan, minat dalam inisiatif penyelidikan dan pembangunan untuk pengkomersilan, potensi untuk perkongsian kerjasama dalam pembuatan peralatan tulen dan pakatan strategik untuk pembangunan tenaga kerja,” katanya.
Pavilion Malaysia telah dirasmikan oleh Panglima Tentera Udara Tan Sri Mohd Asghar Khan Goriman Khan dan Duta Besar Malaysia ke Perancis Datuk Mohd Zamruni Khalid.
Pavilion itu menempatkan 14 pempamer Malaysia, termasuk agensi kerajaan seperti Invest Selangor Bhd, Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar, Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Persatuan Industri Aeroangkasa Malaysia.
Pempamer raih potensi bisnes RM710j
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Chegu Bard Masuk Ke Jerat Sendiri
- Sanusi bermain isu naratif Mahathir?
- Hina Agong, Sanusi ‘kebal’ sebab belajar ‘ilmu kunci sendi’?