Lari 685 kilometer dalam 4 hari

Lari 685 kilometer dalam 4 hari

Lari 685 kilometer dalam 4 hari
PHIL Gore muncul sebagai pemenang selepas menempuh 102 pusingan sejauh 685 kilometer pada maraton itu, selama empat hari. FOTO Agensi

Canberra: Pelari Australia, Phil Gore, mencipta rekod baharu dunia dalam perlumbaan Dead Cow Gully Backyard Masters Ultra Marathon 2023.

Portal News18 melaporkan perlumbaan itu terkenal dengan format uniknya tanpa garisan penamat, hanya berakhir apabila terdapat satu-satunya pelari yang tinggal.

Phil Gore muncul sebagai pemenang selepas menempuh 102 pusingan sejauh 685 kilometer pada maraton itu, selama empat hari.



Acara itu berlangsung pada 17 Jun 2023, di Nanango, sebuah ladang yang terletak 112 batu (180 kilometer) barat laut Brisbane, Australia.

Mengimbas pengalamannya, Phil Gore berkata, dia mengagumi seorang daripada pemegang rekod terdahulu dari Belgium, yang melengkapkan 75 pusingan pada 2020.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan




Meletakkan sasaran untuk melepasi pencapaian itu, dia pada mulanya tidak pasti untuk mencapai 75 pusingan pun dan tidak pernah membayangkan memecahkan semua rekod sebelum ini untuk menjadi pemenang utama.

Berlari adalah bahagian penting dalam hidupnya, dan dedikasi serta latihannya membuahkan hasil dalam acara yang melelahkan itu.

Keadaan cuaca yang melampau memberi cabaran kepada semua peserta, dengan suhu turun naik iaitu antara -2 darjah Celsius pada waktu malam, dan kira-kira 22 darjah Celsius pada siang hari.

Phil Gore bersedia untuk perbezaan suhu itu dengan mandi air sejuk dalam masa dua bulan sebelum Dead Cow Gully Backyard Masters Ultramarathon 2023.



Pencapaian luar biasa Phil Gore dalam Dead Cow Gully Backyard Masters Ultramarathon 2023 akan memberi inspirasi dan menawan hati komuniti larian, mempamerkan keupayaan luar biasa atlet dalam bidang ultramaraton.

Rekod dunia sebelum ini sebanyak 101 pusingan dibuat pada Oktober 2022 oleh Merjin Geerts dan Ivo Steyaert.

Lari 685 kilometer dalam 4 hari


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Penyokong Najib boikot PRN hanya propaganda lawan



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button