PN Semakin Sukar Apabila Sanusi Di Heret Ke Mahkamah

PN Semakin Sukar Apabila Sanusi Di Heret Ke Mahkamah

PN Semakin Sukar Apabila Sanusi Di Heret Ke Mahkamah

Menteri Besar Kedah, merangkap Pengarah Pilihanraya Perikatan Nasional (PN), Sanusi Md Nor, mungkin akan dihadapkan ke mahkamah dalam masa terdekat.

Beliau akan menghadapi pertuduhan mengikut Kanun Keseksaan, Akta Hasutan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Pendakwaan beliau adalah berkaitan kenyataan mempertikaikan kewibawaan Institusi Kesultanan Selangor dalam pemilihan menteri besarnya.



Kesalahan yang dilakukan Sanusi bukanlah kesalahan yang kecil.

Ianya boleh dianggap mempertikaikan kuasa mutlak Sultan Selangor untuk melantik menteri besar.

Sebagaimana yang termaktub dalam Undang Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

Perkara LV (2)(a) Undang Undang Tubuh Negeri Selangor 1959 menyatakan:



  • Baginda Sultan Selangor boleh bertindak mengikut budi bicara baginda untuk melantik seorang menteri besar.

Dan dalam perlembagaan yang sama, Perkara LV (3)(a) menyatakan baginda tidak terikat untuk menerima nasihat dari mana-mana pihak dalam melaksanakan kuasa baginda.

Kenyataan Sanusi tidak sahaja dianggap biadab dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Undang Undang Tubuh Selangor 1959.

Lebih dari itu ianya juga dianggap sebagai penderhakaan terhadap institusi Raja Raja Melayu, khususnya institusi Kesultanan Selangor.

Kedaulatan Raja Raja Melayu telah kita junjung sejak Rukun Negara diwartakan pada tahun 1970.



Ianya dinyatakan dengan jelas dalam prinsip kedua Rukun Negara.

Penderhakaan terhadap Raja Melayu adalah isu yang sangat sensitif bagi bangsa Melayu di negara ini.

2 perkara yang menjadi sensiviti bangsa Melayu di negara ini adalah kesucian agama Islam dan kedaulatan Raja Raja Melayu.

Kesucian Agama Islam Dan Kedaulatan Raja Melayu Adalah Isu Sensitif Bangsa Melayu

Sanusi mungkin tidak mengkaji, mengapa British berjaya menjajah Tanah Melayu selama beratus tahun berbanding dengan penjajah yang lain.



British telah berjaya memainkan watak seolah melindungi kedua sensiviti bangsa Melayu itu.

Ianya untuk mengaburi bangsa Melayu, walau pun hakikatnya adalah bertentangan.

Namun apabila British secara terang mencabuli sensiviti bangsa Melayu melalui Malayan Union, akhirnya British terpaksa menerima padahnya apabila bangsa Melayu bangkit.

Harga yang terpaksa dibayar oleh British adalah akhirnya terpaksa bersetuju memerdekakan Tanah Melayu kerana tidak tahan dengan tekanan kemarahan bangsa Melayu.



Penulis menjangkakan perkara yang sama akan berlaku kepada PN dalam pilihanraya 6 negeri.

Walau pun PN menguasai kebanyakan negeri tersebut dalam PRU 15, tetapi akibat penderhakaan Sanusi, tidak mustahil PN akan kehilangan kesemua 3 negeri yang mereka kuasai.

Jangan lupa, pengundi di Kedah, Terengganu dan Kelantan adalah majoriti Melayu.

Penderhakaan Sanusi pasti akan membangkitkan kemarahan bangsa Melayu di ketiga-tiga negeri tersebut.



Dalam artikata lain, untuk merampas Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang adalah mustahil.

Dan untuk mengekalkan Kedah, Terengganu dan Kelantan juga kini adalah misi mustahil untuk Perikatan Nasional.

 

PN Semakin Sukar Apabila Sanusi Di Heret Ke Mahkamah

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button