Menteri Besar Kedah dijangka bertukar selepas PRN

Oleh – Bakhtiar Omar


Menteri Besar Kedah dijangka bertukar selepas PRN

Kontroversi membabitkan Menteri Besar ‘Caretaker’ Kedah, Datuk Seri Sanusi Md Nor dipercayai akan memberi kesan kepada kedudukan beliau selaku MB selepas PRN selesai.



Dikatakan, pengganti Sanusi sudah dikenal pasti namun identiti masih dirahsiakan sehingga diumumkan kelak. Desas-desus khabar angin pula menjurus kepada bekas Menteri Besar, Dato Seri Paduka Mukhriz Mahathir yang akan mengambil alih kedudukan dari Sanusi.

Namun sejauh mana kebenaran khabar tersebut tidak dapat disahkan. Mungkin cerita tersebut sengaja ditimbulkan untuk mencari simpati dari pengundi Kedah kepada Sanusi.

Ini berikutan persefahaman dan sokongan Perikatan Nasional terhadap Proklamasi Melayu yang dianjurkan Tun Mahathir. Kebetulan Presiden PAS dan BERSATU telah bertemu Mahathir membincangkan hal berkaitan Proklamasi dan tidak mustahil turut membincangkan hal PRN.

Ada perbincangan netizen mengenai mengapa tiba-tiba Muhyiddin bertemu Mahathir selepas PAS berbuat demikian. Perbincangan tersebut turut menyentuh mengenai kedudukan kewangan BERSATU. Dua akaun BERSATU telah disita oleh SPRM selepas membekukannya pada Januari.



Perikatan Nasional pada PRU15 nampak begitu mewah dalam berbelanja bagi kempen di seluruh negara dan mungkin disebabkan akaun BERSATU disita, maka sumber kewangan lain perlu dicari.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan tindakan sita itu dibuat pada 11 April lepas setelah pihaknya mengemukakan perintah mengikut Seksyen 50 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA 2001) kepada pihak bank. – Laporan 20/4/2023

Menteri Besar Kedah dijangka bertukar selepas PRN

SPRM TAHAN 2 INDIVIDU BERKAITAN RASUAH DAN SALAHGUNA KUASA 

Semalam, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia telah menahan 2 individu berkaitan MBI Kedah bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor perlombongan melibatkan jumlah rasuah melebihi RM13 juta. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution dalam satu ceramah mendedahkan kemasukan pekerja dari China untuk projek berkaitan nadir bumi di Sik, Kedah.



Pada 9 April 2023, SANUSI MD NOR menegaskan tiada aktiviti penerokaan unsur nadir bumi (REE) di Hutan Simpan Bukit Enggang, Sik, Kedah.

 

Syarikat Prospek Suria Sdn Bhd yang diberikan lesen penerokaan untuk mengkaji hasil mineral berkenaan sedang menyediakan laporan penilaian alam sekeliling (EIA) untuk fasa berikutnya sebelum cari gali dibenarkan.

“Kejadian sebelum ini adalah kes penerokaan haram oleh pihak tertentu yang sudah dikenakan tindakan.



“Mereka yang curi REE tu memang tidak ada EIA, buat pun secara tidak sah. Syarikat yang Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) jalin kerjasama dan berikan lesen masih lengkapkan proses EIA,” – Laporan 9/4/2023

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button