Parti yang ada sentuhan Mahathir akan hancur berpecah. PAS mangsa terbaru

 

Benar juga jika dikatakan apa sahaja yang di sentuh Tun Mahathir akan hancur berderai dan rosak.

Mungkin misi terakhir Mahathir “perjuangan  belum selesai” ada lah menghancurkan parti parti Melayu.



Jika perkataan Inggeris “Midas Touch” bermaksud apa yang disentuh akan menjadi emas, tetap sebalik nya “Mahathir touch” pula akan ada kehancuran jika disentuh oleh Mahathir.

UMNO telah mengalami kehancuran  terlebih dahulu dari parti parti yang lain yang ada di Malaysia.

UMNO telah dirosak kan Mahathir sebaik sahaja beliau mengacau kepimpinan Tuanku Abd Rahman lagi.

Kemudian UMNO dibiarkan diharamkan supaya dapat  ditubuh semula dibawah acuan Mahathir sambil hampir separuh ahli nya tidak di izinkan untuk menyertai , lalu mereka pun tubuh Parti Semangat 46.



Mahathir;s “Trail of destruction” kemudian berterusan dengan mencipta pergeseran dengan Timbalan nya Anwar Ibrahim , lalu memecat Anwar apabila tiba masa untuk serah jawatan kepada Anwar.

lalu Anwar pun tubuhkan Parti PKR untuk bermusuh dengan UMNO.

Sebenar nya Anwar bermusuh dengan Mahathir bukan dengan UMNO tetapi Mahathir seret UMNO sama.



Ia sama dengan ketika Mahathir bergaduh dengan Raja Raja Melayu lalu Mahathir seret UMNO kekancah itu.

Yang bergaduh ada lah Mahathir tetapi Mahathir seret UMNO.

Sama juga dengan Mahathir bergaduh dengan Ketua Hakm Negara Tun Salleh Abbas lalu mengheret UMNO sama.

Maka, musub musuh UMNO sebenar nya ada lah musuh Mahathir cipta.



Pada isu politik terbaru , apabila tangan Mahathir sentuh Gabungan PKR , PAN dan DAP , maka akhir nya Mahathir berjaya memecahkan parti PKR dengan menggunakan Azmin Ali untuk membawa sejumlah ahli Parlimen PKR menyertai BERSATU , ia itu parti Butik ciptaan Mahathir untuk kelirukan orang Melayu.

Azmin diselamatkan dari kes Semburit sebagai balasan.

Mahathir pura pura bergaduh dengan Muhyiddin dan konon berpisah dari BERSATU , sedangkan  ia untuk memberi ruang kepada Muhyiddin menyeret orang UMNO masuk BERSATU lalu kemudian nanti Mahathir akan cantum semula.

Cerita tidak terhenti disini , setelah kehilangan kepercayaan orang Cina Pakatan Harapan kerana menipu janji pegang jawatan Perdana Menteri dua tahun, maka Mahathir terpaksa mencari sokongan orang melayu pula.



Ketika hendak jatuhkan parti orang melayu UMNO, dan Najib Razak Mahathir gunakan DAP , dan bila hendak jatuhkan PH Mahathir mahu guna kan Melayu pula.

Terkini , sentuhan Mahathir terhadap PAS sudah mula menerima “casualty” pertama nya.

Sebaik sahaja Haji Hadi masuk perangkap Proklamasi Mahathir ramai pihak ramal PAS akan diranapkan dan dipecahkan dengan bantuan Broker UMNO yang sudah pun parkir kan diri dalam PAS.



Jika PAS tunggang agama ,Maka Mahathir akan tunggang PAS pula.

PAS kutip lah banyak mana kerusi pun, ia tetap menguntungkan Mahathir.

Undi PAS dapat Mahathir,

Kini ternyata lah mana mana Parti yang ada sentuhan Mahathir akan hancur berderai,

Banyak lagi akan berlaku terhadap ,PAS dijangka kan, ini kerana Mahathir sudah identified atau kenal pasti PAS sebagai alat nya yang baru.

 

 

 

 

 

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading