PAS dan BERSATU cetus revolusi untuk cabar Institusi Istana?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


PAS dan BERSATU cetus revolusi untuk cabar Institusi Istana?

Benarkah dakwaan PAS-Parti Islam Se-Malaysia dan BERSATU-Parti Pribumi Bersatu Malaysia dikatakan memulakan revolusi politik gaya baru untuk mencabar Institusi Istana?



Baru-baru ini satu kenyataan oleh Presiden PAS, Hj Hadi telah menimbulkan kontroversi sehingga ditegur oleh Tuanku Sultan Selangor.

BERSATU pula menerusi Wan Saiful Wan Jan memberi gambaran yang buruk terhadap Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong semasa berucap dalam Parlimen.

Bagaimanapun, Wan Saiful telah menarik balik kenyataan dan meminta maaf kepada Tuanku serta Dewan Rakyat atas ketelanjuran beliau.

Ini semua menarik perhatian para pemerhati politik Malaysia. Apakah semua ini tidak dirancang atau sebenarnya merupakan ‘perancangan sulit’ untuk merendahkan reputasi Institusi Istana?



Sepatutnya, kita menunaikan kewajipan merungkai dan merombak semula ikatan penjajah itu dengan pemikiran kita yang dibebaskan daripada belenggu penjajah. Pada masa yang sama, menunaikan kewajipan dengan meletakkan Islam di tempat yang mulia, kerana kedudukannya daripada Allah Yang Maha Besar, tiada sekutu dan bandingan bagi-Nya.

Islam adalah keutamaan. Tegakkan Islam, semua pasti akan selamat. Tegakkan yang lain tanpa Islam, semuanya tidak akan selamat. – Kenyataan Hadi Awang

JANGAN GANGGU KESTABILAN POLITIK NEGARA – DYMM AGONG

Semua maklum, DYMM Agong telah bertitah semasa perasmian Sidang Parlimen baru-baru ini bahawa Baginda tidak akan melayan mana-mana pihak untuk menukar kerajaan sediada.

Baginda bertitah dengan tegas mahu semua pihak bekerjasama menaikkan semula ekonomi negara yang telah terjejas kerana kerenah politik sebelum pemerintahan Baginda.



Dengan Titah tersebut, maka semua spekulasi perancangan Perikatan Nasional yang digambar-gemburkan akan mengambil alih pentadbiran Putrajaya telah terhenti.

Apabila sudah menemui jalan buntu, apa lagi yang boleh dilakukan BERSATU dan PAS untuk mengambil alih tampuk pemerintahan?

“Abdul Hadi seorang Ahli Parlimen veteran yang beberapa kali mengangkat sumpah setia jawatan dengan penekanan kepada sumpah untuk memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

“Jadi kenapa sekarang beliau mempertikaikan kedudukan Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang utama negara sedangkan agama Islam ditetapkan sebagai agama Persekutuan sejak Perlembagaan digubal pada tahun 1957 lagi.



“Adakah Abdul Hadi tidak lagi menghormati Perlembagaan Persekutuan sebagai undang-undang tertinggi negara? Tidakkah ini juga menggambarkan Abdul Hadi sengaja mencetuskan polemik politik demi meraih sokongan rakyat khususnya umat Islam yang berbangsa Melayu,” – Kandungan Surat Tuanku Sultan Selangor kepada Hadi Awang

Maka revolusi politik perlu digerakkan. Bagi memastikan revolusi tidak bercanggah dengan mana-mana Undang-Undang, pengalihan isu perlu dilakukan di peringkat tinggi.

Memilih Dewan Rakyat sebagai platform untuk memulakan revolusi merupakan tindakan berisiko rendah tetapi mantap untuk dijadikan bahan ujikaji politik.

Penerimaan rakyat terutama para penyokong perlu diperhatikan samada mereka bersetuju atau tidak dengan isu yang dilontarkan.



Strategi tersebut nampak agak berjaya apabila sudah ada komen-komen negatif serta video memburukkan Istana mulai tersebar di Tik Tok.

Bukan itu sahaja, dua individu yang dikenali penyokong kuat BERSATU juga sudah berani mempersendakan pemberian DYMM Agong Tuanku Sultan Ibrahim kepada PMX.

Adakah ini apa yang dimahukan PAS dan BERSATU? mengajar para penyokong untuk berani mencemuh Institusi Istana kerana politik?

Jangan benarkan unsur ekstrim politik bertapak dalam parti kerana ia akan memberi imej yang sangat tidak bagus untuk sebuah negara yang mengamalkan Demokrasi Berparlimen.



 

 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading