Hakim Collin buat pengakuan tergempar selepas 5 tahun

 

Oleh – Editor


Hakim Collin buat pengakuan tergempar selepas 5 tahun

Perbicaraan DS Najib Razak dalam kes 1MDB disambung petang ini selepas tertangguh pagi tadi.

Zeti kelihatan di mahkamah untuk sesi petang, tetapi kemungkinan besar dia tidak akan disoal sebab masih ada saksi BSI Bank Singapura, Kevin Swampillai belum habis lagi disoal balas oleh TS Shafee.





Bagaimanapun, TS Shafee telah memohon agar bekas general counsel 1MDB, Jasmine Loo dipanggil sebagai saksi setelah dia ditahan dan berada dalam jagaan polis ketika ini. Jasmine adalah saksi penting selepas Jho Low menurut TS Shafee.

Bagaimanapun, DPP berkata mereka masih belum menerima apa apa kertas siasatan atau keterangan bertulis dari Jasmine atau mana mana agensi sehingga sekarang. Maka, status Jasmine sebagai saksi masih belum ditentukan.

Menariknya, selepas nama Jasmine disebut sebagai saksi, mahkamah diberitahu Jasmine rupanya pernah bekerja bersama Hakim Collin semasa di Zain & Co dan ia dakui oleh Collin. Bagaimanapun, Collin kata perkara ini berlaku 10 ke 15 tahun dulu. Mungkin nama Jasmine ni tak dijangka akan dipanggil sebagai saksi lepas lama menghilang. Tapi soalnya, kalau Jasmine dipanggil nanti, boleh jadi ‘conflict of interest’ ke tidak?

Kita tengok perkembangan seterusnya. Oh, DS Najib nampak sihat dan ceria hari ini. Alhamdulillah.

Rf Lias
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button