Hakim 1MDB Dedahkan Pernah Mempunyai Hubungan Profesional Dengan Jasmine Loo, Kes DS Najib Wajar Di Gugurkan

Hakim 1MDB Dedahkan Pernah Mempunyai Hubungan Profesional Dengan Jasmine Loo, Kes DS Najib Wajar Di Gugurkan

Hakim 1MDB Dedahkan Pernah Mempunyai Hubungan Profesional Dengan Jasmine Loo, Kes DS Najib Wajar Di Gugurkan

 

Hakim perbicaraan kes 1MDB, Collin Lawrence Sequerah, mendedahkan beliau pernah menjadi rakan kongsi Jasmine Loo, salah seorang yang bakal menjadi saksi penting kes 1MDB.

Sequerah berkata hubungan profesional itu terjalin ketika beliau berada di firma guaman Zain & Co antara 10 hingga 15 tahun lalu.



Ketika itu beliau masih menjadi seorang peguam dan sebelum dilantik menjadi pesuruhjaya kehakiman.

Loo meninggalkan firma guaman Zain & Co antara 10 hingga 15 tahun lalu.

Beliau membuat pendedahan itu semasa perbicaraan kes 1MDB yang melibatkan DS Najib Razak petang semalam.

Sebelum itu, peguam bela DS Najib menyoal pasukan pendakwaan jika mereka akan memanggil Loo untuk memberi keterangan.



Timbalan pendakwa raya Ahmad Akram Gharib memaklumkan mahkamah bahawa Peguam Negara belum  melihat sebarang kenyataan yang dirakamkan terhadap Loo.

Belum ada arahan untuk memanggil Loo menjadi saksi pendakwaan dalam perbicaraan 1MDB.

“Memandangkan isu Jasmine Loo dibangkitkan, adalah wajar pada ketika ini, saya mendedahkan”.

“Individu yang sama itu dan saya sendiri adalah rakan kongsi dalam firma guaman”.



“Ketika itu saya menjadi peguam”.

“Firma itu adalah Zain & Co, sebuah firma bersaiz sederhana”.

“Ia sudah bertahun-tahun dahulu”.

“Sekitar 10 hingga 15 tahun yang lalu”.



“Saya tidak ingat, dia telah meninggalkan (firma guaman) itu,” kata Sequerah.

Penulis mneyangjung tinggi kejujuran yang ditunjukkan oleh Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Tidak seperti Nazlan yang menyembunyikan fakta mempunyai pernah kepentingan peribadi ketika mengetuai penghakiman kes SRC.

Namun begitu, untuk menjaga integriti dan kredibiliti badan kehakiman Sequerah patut membatalkan perbicaraan kes 1MDB.



Kita faham, ketika mula mengetuai perbicaraan, mungkin Sequerah tidak menyangka akan hadir saksi yang pernah mempunyai hubungan profesional dengan beliau.

Namun kini, apabila Loo sudah dapat di bawa pulang dan berkemungkinan besar akan menjadi saksi penting, maka sewajarnya Sequerah mengambil keputusan tersebut.

Keadilan bukan hanya perlu dilaksanakan, tetapi ianya mesti juga dilihat dilaksanakan.

 



Hakim 1MDB Dedahkan Pernah Mempunyai Hubungan Profesional Dengan Jasmine Loo, Kes DS Najib Wajar Di Gugurkan

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading