Hadi Awang Yang ‘Maksum’

 

Hadi Awang Yang 'Maksum'

Hadi Awang Yang ‘Maksum’

Pendewaan sebahagian ahli PAS terhadap presiden PAS, Hadi Awang, sangat menghairankan.

Apa sahaja perkataan atau perbuatan dan keputusan yang dibuat oleh Hadi Awang akan diterima bulat-bulat tanpa sebarang pertanyaan.

Tidak kira sama ada Hadi Awang menafsirkan ayat Al Quran mengikut selera dan kepentingan beliau sendiri.



Atau beliau menafsirkan hadis Rasulullah SAW mengikut keperluan dan keadaan yang beliau rasakan perlu.

Atau beliau memutarbelitkan tafsiran sirah baginda Rasulullah SAW mengikut kehendak dan kepentingan peribadi.

Segala-galanya akan ditelan bulat-bulat oleh sebahagian besar ahli dan penyokong PAS.

Itu belum lagi diambil kira bagaimana begitu mudah beliau mengeluarkan fatwa yang tidak disemak betul atau pun salah.



Paling menyedihkan apabila korban Tragedi Memali dikebumikan tanpa dimandikan dan dikafankan kerana fatwa Hadi mendakwa mereka mati syahid.

Bagaimana keadaan roh korban Tragedi Memali apabila melihat jasad mereka dikebumikan tanpa dibersihkan dan dikafankan?

Bagi penulis, ketaksuban sebahagian besar ahli dan penyokong PAS yang taat membuta tuli terhadap Hadi Awang sangat merbahaya.

Belajarlah dari sejarah silam negara kita.



Apakah kita lupa, bagaimana kerana kononnya wallak kepada pemimpin, ribuan ahli Arqam dipesongkan akidahnya oleh Ashaari?

Masih segar dalam ingatan kita bagaimana ribuan pengikut ‘Kerajaan Langit’ ditipu oleh Ayah Pin.

Ramai di kalangan pengikut Ayah Pin terdiri dari yang berpelajaran dan juga golongan profesional.

Tetapi kerana wallak membuta tuli terhadap Ayah Pin, akhirnya akidah mereka terpesong.



Ingat, ilmu bukan ukuran kepada ketinggian iman dan taqwa seseorang hamba.

Azazil yang paling berilmu di kalangan malaikat juga akhirnya kufur dengan Allah SWT.

 

Hadi Awang Yang ‘Maksum’

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button