Sanusi: Semua EXCO Kedah Akan Di Panggil SPRM

Sanusi: Semua EXCO Kedah Akan Di Panggil SPRM

Sanusi: Semua EXCO Kedah Akan Di Panggil SPRM

Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor mendakwa, semua EXCO Kerajaan Kedah akan dipanggil SPRM untuk memberikan keterangan.

Menurut beliau lagi, sebahagian dari mereka sudah pun dipanggil, manakala sebahagian lagi akan dipanggil dalam masa yang terdekat.

“Saya belum lagi (dipanggil SPRM) tetapi semua exco Kedah sudah dipanggil”.



“Saya pun hairan sebab belum pernah lagi setiap seorang EXCO dipanggil untuk mengesahkan minit mesyuarat EXCO”.

“Sudah ada EXCO telah beri keterangan, ada yang belum lagi”.

“Semua proses itu dilakukan di sini (Alor Setar), hari ni ada, esok pun ada”.

“Saya mungkin selepas itu lah,” katanya.



Sebelum itu SPRM mengesahkan sudah memanggil 12 saksi berhubung kes rasuah dan salah guna kuasa dalam isu kecurian REE di Kedah.

SPRM juga menjangkakan akan ada lagi saksi dipanggil untuk dirakam percakapan termasuk Sanusi.

SPRM juga sudah menahan ketua pegawai eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) Kedah.

Turut sama ditahan adalah seorang pengarah wanita sebuah syarikat bagi membantu siasatan membabitkan nilai rasuah lebih RM13 juta.



Isnin lepas seorang lagi pegawai kanan Menteri Besar Kedah ditahan anggota penguatkuasa SPRM.

Beliau ditahan selepas menahan seorang pembantu kepada pemilik syarikat, menjadikan keseluruhan tangkapan kini seramai 4 orang.

Kepada Sanusi, tidak perlu risau sekiranya beliau merasakan dirinya tidak bersalah.

Berikan ruang dan peluang yang secukupnya kepada SPRM untuk melakukan kerja mereka.



Tapi sekiranya Sanusi tahu bahawa sememangnya beliau bersalah, maka sudah sepatutnya beliau merasa takut dan kelam kabut.

 

Sanusi: Semua EXCO Kedah Akan Di Panggil SPRM

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading