Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing

Presiden Gerakan, Dominic Lau, digelar bacul oleh PAS Pulau Pinang kerana takut untuk berhadapan dengan DAP dalam PRN Pulau Pinang.

AJK Pilihan Raya PAS Pulau Pinang Anas Soffy Abd Wahid berkata:

“PAS bukan saja membantah penyertaan Lau untuk menjadi calon PN di Bayan Lepas”.



“Bahkan di mana-mana kerusi majoriti Melayu di negeri berkenaan”.

“Daripada 40 kerusi dewan undangan negeri (DUN) di Pulau Pinang, hanya 15 saja kawasan yang bermajoriti Melayu”.

“Mengapa dia (Lau) nak ambil tempat yang sikit ini?”

“Sepatutnya sebagai seorang tokoh heavyweight, dia patut bertanding dengan (mencabar) calon heavyweigh seperti Chow Kon Yeow atau Lim Guan Eng”. 



“Mengapa dia nak ‘melangkau’ ni?”

“Sebagai seorang pemimpin, Lau patut menunjukkan teladan kepada ahli Gerakan bahawa dia seorang pemberani dan bertanding menentang calon DAP”.

“Ini dia penakut”.

“Macam mana jadi leader (pemimpin) ni?”



“Adakah leader seorang penakut?”

“Orang dia bagi lawan DAP tapi dia tak berani lawan DAP”.

“Apa punya manusia ni?”

“Macam mana hangpa boleh angkat presiden seorang yang bacul?” katanya.



Sebelum ini PAS Tasek Gelugor memberikan amaran agar Lau tidak bertanding di situ atau berhadapan dengan protes ahli PAS.

Sudah jelas lagi bersuluh, perpecahan yang berlaku antara PAS dan Gerakan di Pulau Pinang sudah hampir tidak dapat dibendung.

Namun begitu, perbalahan dalaman antara parti komponen Perikatan Nasional tidak hanya berlaku di Pulau Pinang.

Perkara yang sama juga dilapurkan berlaku di Terengganu.



Dengan perkembangan terkini, tidak mustahil Perikatan Nasional akan kehilangan beberapa negeri yang mereka kuasai dalam PRN 6 negeri.

 

Perbalahan Antara PAS Dan Gerakan Semakin Meruncing

 

Di Syorkan Untuk Anda:



Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading