Saravanan Akan Di Panggil SPRM

Saravanan Akan Di Panggil SPRM

Saravanan Akan Di Panggil SPRM

Mantan menteri Sumber Manusia, M. Saravanan dari MIC bakal disoal siasat oleh pihak SPRM berhubung penahanan seorang ahli perniagaan Abdul Malik Dasthigeer.

Malik ditahan oleh pihak SPRM berhubung kekayaan luar biasa yang dikatakan dimiliki suspek.

SPRM menyiasat bagaimana pemilikan harta itu dibuat termasuk dakwaan ia dikumpul dengan singkat.



Selain memiliki beberapa rangkaian restoran terkenal India, Malik juga dikaitkan dengan beberapa rangkaian syarikat yang terbabit hiburan, hartanah, emas dan industri makanan dan minuman.

Malik adalah seorang ahli perniagaan yang juga adalah seorang ahli politik dari Negeri Sembilan merupakan anggota sayap bersekutu PPBM.

Beliau pernah mengumumkan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya negeri akan datang.

Setakat ini masih belum jelas mengapa pihak SPRM akan menyoal siasat Saravanan.



Namun dari maklumat yang penulis perolehi, ianya dikatakan mempunyai kaitan projek yang Malik perolehi dari Kementerian Sumber Manusia di era Saravanan,

Setakat ini SPRM dilapurkan sudah menyita akaun Malik yang mempunyai simpanan sebanyak RM300 juta.

Siasatan ke atas Malik dijalankan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).

 



Saravanan Akan Di Panggil SPRM

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button