Nurul Shuhada Beri Peringatan Buat Penyondol

“Ingat Balasan Allah”

Nurul Shuhada Beri Peringatan Buat Penyondol

Nurul Shuhada Beri Peringatan Buat Penyondol
Nurul Shuhada Beri Peringatan Buat Penyondol

Nurul Shuhada, bekas isteri kepada Hafidz Roshdi tampil memberi kata-kata semangat kepada golongan wanita yang mempunyai nasib sama sepertinya.

Menurut Shuhada, Allah sentiasa menguji hamba-Nya dan akan menggantikan dengan sesuatu yang lebih indah.

Malah, dia juga berharap semua wanita yang sedang diuji ketika ini sentiasa bersabar.



Saya ingin beri semangat pada semua wanita di luar sana. Semua yang melalui fasa yang sukar ketika ini, banyakkan bersabar.

Saya tahu perasaan itu sangat pedih dan perit. Tapi tidak mengapa Allah baik sangat. Bila kita baik, kejar cinta Allah, Allah akan ganti dengan lebih indah.

Saya anggap segala dugaan yang saya terima adalah ujian yang Allah bagi, supaya saya kuat dan jadi role model untuk anak-anak.

Shuhada yang berkongsi mengenai perkara itu sejurus selesai proses lafaz cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam pada Khamis.



Tambahan, Shuhada juga berpesan kepada para penyondol yang berniat untuk mengganggu rumah tangga orang lain agar mengingati balasan Allah.

Kepada sesiapa yang bercita-cita nak dirikan kebahagian di atas penderitaan orang lain, ingat dan percaya Allah. Semua tahu Allah mampu berbolak-balikkan hati manusia. Semua yang di dunia ini hak Allah.

Nurul Shuhada Beri Peringatan Buat Penyondol

 

Dalam pada itu, mahkamah memutuskan Hafidz dan Shuhada sah bercerai talak satu, pada pagi Khamis.Kredit: Oh! Bulan




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Sayap UMNO Masih Setia Kepada Parti?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button