Keterangan Pertama Zeti Menimbulkan Banyak Persoalan

Keterangan Pertama Zeti Menimbulkan Banyak Persoalan

Keterangan Pertama Zeti Menimbulkan Banyak Persoalan

Setelah berbulan-bulan mendapat cuti sakit, akhirnya kelmarin, mentan Gabenir Bank Negara, Zeti Akhtar Aziz muncul di mahkamah.

Walau bagaimana pun pada hari pertama, beliau tidak memberikan sebarang keterangan kerana peguambela DS Najib, Shafee Abdullah masih menyoal balas saksi BSI Singapura, Kevin Swampillai.

Hari kedua kemunculan Zeti di mahkamah menyaksikan beliau membacakan keterangan bertulis beliau.



Dalam keterangan bertulis tersebut, Zeti memberitahu mahkamah:

  • Beliau tidak tahu mengenai pembukaan akaun AmBank DS Najib
  • Beliau dan keluarga beliau tidak pernah menerima walau satu sen pun duit dari 1MDB

Apa yang menarik dari kenyataan Zeti adalah ianya bercanggah dengan keterangan yang diberikan oleh bekas Pengarah Bukan Eksekutif AmBank Cheah Tek Kuang.

Cheah Tek Kuang dalam kenyataannya di mahkamah memberitahu bahawa satu janji temu telah dibuat dengan Zeti untuk memaklumkan beliau mengenai perkara itu.

Manakala kenyataan Zeti bahawa beliau dan keluarga beliau tidak pernah menerima walau satu sen duit 1MDB bertentangan dengan fakta pemulangan duit oleh Singapura.



Kerajaan Singapura telah memulangkan sejumlah AS$15.4 juta dana berkaitan 1MDB  yang melibatkan syarikat milik bersama Tawfiq Ayman.

Kalau benar apa yang Zeti katakan, duit apa yang dipulangkan oleh Kerajaan Singapura?

Dan adakah suami Zeti tidak ada kaitan dengan syarikat beliau sendiri?

Penulis tidak mahu membuat tuduhan bahawa Zeti menipu dalam memberi keterangan dalam mahkamah.



Tetapi sekiranya dibandingkan antara fakta dan keterangan Zeti, begitulah keadaannya.

Namun begitu, sama-sama kita tunggu barisan peguambela yang diketuai Shafee Abdullah menyoal balas Zeti.

 

Keterangan Pertama Zeti Menimbulkan Banyak Persoalan

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading