Liga Super: JDT bermandi peluh tundukkan Red Giant 2-0
Liga Super: JDT bermandi peluh tundukkan Red Giant 2-0
ISKANDAR PUTERI – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum menang 2-0 ke atas Selangor FC pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim (SSI), di sini hari ini.
Beraksi di gelanggang keramat JDT, pasukan kendalian kendalian Tan Cheng Hoe terlebih dahulu membuka langkah melancarkan serangan ke kubu lawan cuba mengejutkan pasukan tuan rumah, namun tiada gol dihasikan pada babak pertama.
Ketika perlawanan dilihat berkemungkinan berakhir tanpa jaringan, pemain import baharu JDT, Fernandes tampil di saat genting dengan menjaringkan gol pertama pada aksi debutnya.
Hantaran Oscar Arribas ke dalam kotak penalti pada minit ke-78 menyaksikan pemain kelahiran Brazil itu berjaya membuat sentuhan terakhir membolehkan bola itu tidak dapat dicapai Somerville dan menerjah gawang lawan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Keterangan Pertama Zeti Menimbulkan Banyak Persoalan
- DS Najib Failkan Permohonan Supaya Hakim 1MDB Tarik Diri
- Sanusi ugut akan dedah macam macam kes jika dipakaikan baju oren SPRM.
Pada babak akhir permainan, JDT dihadiahkan sepakan penalti selepas Bergson dikasari pemain pertahanan lawan pada pada masa kecederaan.
Bergson yang tampak tenang mudah menyempurnakan sepakan penalti itu sekali gus menghadiahkan kemenangan 2-0 buat JDT.-KOSMO! ONLINE
ISKANDAR PUTERI – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa bermandi peluh sebelum menang 2-0 ke atas
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Najif Razak sindir penyokong “Bossku” yang ambil kesempatan sempena PRN
- 10 EXCO Kedah Di Panggil SPRM Berkaitan Isu REE, Rakyat Kedah Mengamuk
- Tidak dicalonkan. Annuar Musa terus umum tidak sihat untuk berkempen.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :