Tolong hentikan kecaman – Kawan mak cik Laksa Sarawak

Oleh – Syeikh Baran


Tolong hentikan kecaman – Kawan mak cik Laksa Sarawak
Suhaiza tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berkaitan video tular melibatkan Laksa Sarawak baru-baru ini.

Seorang wanita dikenali sebagai Suhaiza Sue tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada orang ramai khususnya masyarakat Sarawak berhubung isu tular yang dikaitkan dengan dirinya dan beberapa individu lain baru-baru ini.

Sebelum ini, Suhaiza dikecam teruk oleh netizen berkaitan videonya yang dikatakan telah mengkritik hidangan tradisional negeri Sarawak itu.



Ada juga netizen mendakwa wanita itu telah menghina makanan tersebut apabila menerusi video tular terbabit kelihatan seoang wanita lain digelar ‘mak cik Laksa Sarawak’ seperti tidak berselera untuk menikmati juadah berkenaan selain menunjukkan aksi menutup hidung.

Menyedari kesilapannya, Suhaiza telah tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak dan menjelaskan bahawa dia hanya sekadar bertanya mengenai Laksa Sarawak.

Walaupun begitu, penjelasannya itu masih tidak dapat diterima oleh kebanyakan netizen dan sehingga ke hari ini, masih ada yang melontarkan kata-kata kecaman terhadap Suhaiza dan rakannya.

“Saya Suhaiza ingin membuat permohonan maaf secara terbuka terutamanya kepada orang-orang Sarawak. Saya mohon maaf setulus-tulusnya.



“Video ini juga untuk nak bersihkan nama kawan-kawan Kak Su terutama kepada kakak yang tutup hidung itu. Sebab Kak Su yang rakam, Kak Su yang ‘post’ tanpa pengetahuan mereka. Kak Su minta maaf,” katanya menerusi video yang dikongsikan di Facebook.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button