Budak 9 tahun ditemui mati, polis klasifikasi kes mati mengejut
Budak 9 tahun ditemui mati, polis klasifikasi kes mati mengejut

TAIPING: Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun ditemui mati di sebuah rumah di Assam Kumbang, di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, maklumat mengenai penemuan mayat diterima jam 11 pagi melalui talian MERS 999.
Sehubungan itu, katanya, sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi bersama ambulans dari Hospital Taiping yang kemudian mengesahkan kematian kanak-kanak berkenaan.
“Pihak forensik dari Cawangan D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak turut menjalankan siasatan di lokasi kejadian dan mayat kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Taiping untuk bedah siasat.
“Sehingga kini polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut,” katanya melalui kenyataan malam ini, tanpa mengulas lanjut butiran kes.
Razlam turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menyalurkannya kepada pihak polis bagi membantu siasatan.
Budak 9 tahun ditemui mati, polis klasifikasi kes mati mengejut
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Guna nama “Bossku” untuk gaduhkan UMNO sudah gagal, apa seterus nya?
- PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas
- Zahid Dedahkan Hadi Awang Menipu Waktu Berada Di Mekah!!!
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :