Seorang maut, 2 cedera kereta rempuh lori diparkir tepi jalan

Seorang maut, 2 cedera kereta rempuh lori diparkir tepi jalan

Seorang maut, 2 cedera kereta rempuh lori diparkir tepi jalan
Seorang maut, 2 cedera kereta rempuh lori diparkir tepi jalan

KENINGAU: Seorang pemandu maut, manakala dua penumpang cedera selepas kereta dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori yang diparkir di tepi Jalan Kampung Bakiau, di sini, kira-kira jam 1 pagi tadi.

Gerit Polong, 35, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat tersepit dalam kereta Perodua Viva, manakala dua penumpang lelaki berusia 19 dan 25 tahun cedera dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, sepasukan pegawai dan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Keningau bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada 1.02 pagi.



Katanya, kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Perodua Viva merempuh belakang sebuah lori yang parkir di tepi jalan.

“Terdapat tiga mangsa dilaporkan tersepit dan berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba seterusnya diberikan rawatan awal oleh pasukan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS),” katanya.

Seorang maut, 2 cedera kereta rempuh lori diparkir tepi jalan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading