Empat terbunuh dalam pertempuran agama di India

Empat terbunuh dalam pertempuran agama di India

Empat terbunuh dalam pertempuran agama di India
GAMBAR hiasan

New Delhi: Empat orang terbunuh dan lebih 20 lagi cedera dalam pertempuran agama di negeri Haryana di utara India, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik polis pada Selasa.

Pertempuran tercetus pada Isnin di daerah Nuh di Haryana apabila kumpulan Hindu sayap kanan yang bergabung dengan Parti Bharatiya Janata (BJP) yang memerintah India, membuat perarakan ke sebuah kuil melalui kawasan majoriti Islam.

Menurut polis, pertempuran ganas merebak ke kawasan berdekatan, termasuk di Gurugram.



Kereta, kedai dan sebuah masjid dibakar, kata polis.

Tiga orang maut dalam pertempuran itu, termasuk dua sukarelawan polis.

Pasukan tambahan telah ditugaskan dan bandar Nuh diletakkan dalam perintah berkurung, manakala perkhidmatan Iinternet dihentikan.

Di kawasan berdekatan, perhimpunan lima orang atau lebih dilarang dan semua sekolah ditutup pada Selasa.



Parti pembangkang menuduh pemimpin tempatan pertubuhan nasionalis Hindu mencetuskan ketegangan dengan orang Islam yang menyumbang lebih 14 peratus daripada hampir 1.4 bilion penduduk majoriti Hindu di India.

Empat terbunuh dalam pertempuran agama di India


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Relaks Dulu Bohhh, Melayu Isley PAH Nak Pekena Mahjong Sepapan Dua Dulu



 

 


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading