Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi

Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi

Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi
AUNG San Suu Kyi. FOTO fail REUTERS

Yangon: Junta tentera di Myanmar pada Selasa memberikan pengampunan negara kepada pemimpin yang dipenjarakan Aung San Suu Kyi, menurut laporan media tempatan.

Bekas Presiden Win Myint juga akan diberikan pengampunan, lapor Agensi Anadolu memetik Myanmar Now.

Bekas pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu dipenjarakan sejak rampasan kuasa Februari 2021.



Pengampunan itu dibuat sehari selepas junta melanjutkan tempoh darurat di negara Asia Tenggara itu selama enam bulan, kali keempat sejak rampasan kuasa pada 2021.

“Pengampunan tidak akan memaafkan Aung San Suu Kyi dan Presiden Win Myint atas semua kesalahan yang didakwa, tetapi hanya mengurangkan hukuman mereka,” tambah laporan itu.

Bulan lalu, laporan mendedahkan bahawa Suu Kyi telah bersetuju untuk mengadakan dialog tanpa sebarang syarat.

Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Relaks Dulu Bohhh, Melayu Isley PAH Nak Pekena Mahjong Sepapan Dua Dulu

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading