Tahanan polis meninggal dunia ketika rawatan

Tahanan polis meninggal dunia ketika rawatan

Tahanan polis meninggal dunia ketika rawatan
Tahanan mengadu sukar bernafas semasa dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Marudi.

KUALA LUMPUR: Seorang tahanan warga Kenya meninggal dunia ketika menerima rawatan di sebuah klinik kesihatan Beluru, Marudi, Sarawak, Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard, Datuk Seri Azri Ahmad, berkata lelaki berusia 50 tahun itu ditahan atas kesalahan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

“Semasa dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Marudi, orang kena tahan (OKT) itu mengadu sakit dada dan sukar bernafas.



“OKT segera dibawa ke klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, OKT disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan klinik pada jam 10.30 malam.

Menurut Azri, mayat lelaki itu dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat pada esok.

Katanya, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu.



Tahanan polis meninggal dunia ketika rawatan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Relaks Dulu Bohhh, Melayu Isley PAH Nak Pekena Mahjong Sepapan Dua Dulu

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading