Warga emas, pemuda maut nahas depan simpang rumah

Warga emas, pemuda maut nahas depan simpang rumah

Warga emas, pemuda maut nahas depan simpang rumah
Dua lelaki maut selepas motosikal ditunggang bertembung antara satu sama lain di KM19 Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja. – Foto ihsan pembaca

PARIT: Dua lelaki maut akibat motosikal yang ditunggang mereka secara berasingan bertembung antara satu sama lain di KM19 Jalan Bota Kiri-Tanjung Belanja, jam 7 petang semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata kemalangan itu membabitkan warga emas berusia 64 tahun menunggang motosikal jenis Honda Dash dari arah Tanjung Belanja hendak pulang ke rumahnya di Kampung Tua, di sini manakala seorang lagi mangsa berumur 17 tahun menunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC datang dari arah bertentangan.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati, setibanya di lokasi kejadian iaitu simpang rumah, penunggang motosikal jenis Honda Dash tiba-tiba membelok ke kanan menyebabkan penunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC yang bergerak lurus tidak sempat membrek lalu melanggar motosikal dinaiki warga emas berkenaan.



“Akibat kemalangan ini, kedua-dua penunggang motosikal mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Bedah siasat akan dijalankan pada pagi ini di Hospital Changkat Melintang,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Warga emas, pemuda maut nahas depan simpang rumah

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Relaks Dulu Bohhh, Melayu Isley PAH Nak Pekena Mahjong Sepapan Dua Dulu




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading